Tuesday, July 12, 2011

syair PAS

PAS: Saf baru, tambah perkasa

Muktamar berlalu nada membara
Saf baru tambah perkasa
Membawa impi menawan Putrajaya
Langkah disusun menunggu jaya

Pimpinan terpilih penuh gaya
Tiada rasa hilang upaya
Jangan tertawan tipu daya
Helah musuh sudah diteka

Pemuda Muslimat Ulamak bersua
Dewan Himpunan turut berada
berkongsi usul dengan mesra
Tanda Pakatan maju sentiasa

Islam dibangun kebajikan dijaga
Rakyat dilindung tanpa prasangka
Berlain bangsa juga agama
Kerana Islam untuk semua

Budaya fitnah amalan dicerca
Jangan kita ikut sama
Bukan cara amlan kita
Itu semua Umno angkara

Ayuh bangkit pemuda bangsa
menentang arus ubah negara
Slogan dibina Pemuda beria
Jom Ubah tawan Putrajaya

Banyak kata tidak berpada
Ayuh bangkit jangan lupa
Sembilan Julai kita bersua
Himpunan Bersih cuci negara


Info syair:

Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang dikatakan berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam.

Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu.

Terdapat beberapa pandangan tokoh sastera mengenai kemunculan syair ini.

A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar.

Terdapat bukti bahawa bentuk syair itu sendiri telah wujud sebelum kejatuhan Kerajaan Melaka, sebagaimana yang tersurat dalam kata-kata yang tertulis pada sebuah batu nisan tua yang telah di-jumpai di Minye Tujuh, Acheh, bertarikh kira-kira pada T.M. 1380 itu, ialah berbentuk syair; bagitu juga hasil-hasil sastera yang berbentuk syair bait, seloka, gurindam, istimewa pula pantun, harus telah sedia di ketahui oleh orang Melayu sebelum zaman kejatuhan Melaka atau pun tatkala buku Sejarah Melayu di karang; buktinya boleh di pastikan dalam kisah "Meminang Puteri Gunung Ledang" di dalam buku Sejarah Melayu itu, yang menyebutkan demikian


Syed Naquib al-Attas berpendapat bahawa syair dicipta oleh Hamzah Fansuri sendiri selepas kedatangan Islam iaitu pada tahun 600 Masihi. Za'aba pula mendakwa bahawa syair berasal daripada perkataan "syir" yang membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.

Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama. Syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus. Syair dianggapa milik bersama oleh masyarakat Melayu lama. Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair yang lebih bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab.

Ciri-ciri syair :

Terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap).

Syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun).

Setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu.

Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah.

Bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris.

Syair boleh terdiri daripada syair romantik, syair sejarah, syair ibarat dan juga syair keagamaan dan lain-lain lagi.