Monday, November 21, 2011

Rahsia Cara Bank Di Dunia Buat Duit

Ida Syuhada
Rahsia Cara Bank Di Dunia Buat Duit

* Posted by Ida Syuhada on November 19, 2011 at 10:10pm in Edisi Siasat
* Send Message View Discussions



Tahukah anda bagaimana duit kertas mula diperkenalkan? Di mana dan bilakah bank mula wujud?

Itu merupakan dua pertanyaan yang jarang ditanya oleh kebanyakan orang, tetapi justeru itulah yang harus mereka persoalkan. Sejarah penggunaan duit kertas memang menarik, dan dari satu sudut kita dapat perhatikan dengan mudah golongan yang menang dan mereka yang rugi melalui sistem ini. Sebelum saya mula menerangkan fenomena ini, sebagaimana yang anda jangkakan, saya dengan yakin menyatakan bahawa anda BUKAN pemenangnya!











Ceramah oleh Sheikh Imran Hossein mengenai sistem kewangan antarabangsa dari sudut Islam. Sistem yang menindas kesemua umat manusia ini diasaskan dengan penipuan oleh pihak yang mahu menghambakan manusia dan menakluki dunia. Tontonan wajib bagi mereka yang mahu melihat dunia ini dari sudut yang berbeza. Muat-turun di YouTube.




Duit hanyalah satu ILUSI; lebih-lebih lagi dalam era elektronik seperti sekarang. Hakikatnya, anda korbankan seluruh hidup untuk mendapatkan duit yang sebenarnya tidak wujud. Tetapi selagi ilusi tersebut terus ditayangkan, sistem tersebut berfungsi.


Masalahnya ialah orang seperti anda dan saya sendiri bekerja keras, seringkali hanya untuk bayaran yang rendah, sementara satu-satunya pihak yang mendapat keuntungan ialah si pemegang wang (bank).


Jadi bagaimana sistem ini berfungsi? Baik, jika anda ada RM1000, anda boleh pinjamkannya kepada seseorang. Tetapi sekiranya bank memiliki RM1000, ia boleh memberi pinjaman sehingga 10 kali ganda daripada jumlah tersebut, dan mengenakan faedah ke atasnya.


Ini bermakna duit fizikal sebenarnya cuma ada RM1000, tetapi seperti magik, pihak bank kini telah memberi pinjaman lebih daripada RM10,000. Dari manakah duit selebihnya datang?


Dari ILUSI yang diciptakan oleh pihak bank. RM9,000 lebih lagi tidak bermakna apa-apa; duit ini TIDAK WUJUD, dan TIDAK AKAN PERNAH ADA!


Jadi jika semua orang dan syarikat dalam sesebuah negara ingin mengeluarkan semua duit mereka secara serentak, pihak bank bukan sahaja akan berakhir dengan baki 0, bahkan dengan jumlah negatif yang besar. Pihak bank akan bankrap sekelip mata, kerana duit fizikal yang ada di bank hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada kitaran wang, dengan mengenakan faedah ke atas duit yang tidak wujud.


Apabila seseorang atau sesebuah syarikat meminjam duit dari bank, bank itu sebenarnya tidak mencetak wang kertas atau syiling yang baru. Kerani bank cuma memasukkan angka ke dalam skrin komputer dan pinjaman pun ditetapkan. Bermula saat itu, anda secara perundangan terikat untuk membayar semula apa yang sebenarnya tidak wujud.


Sebenarnya angka pada skrin komputer tadi mewakili nilai emas dan/atau perak. Seandainya ini benar, adakah bank tersebut memiliki simpanan emas dan perak di suatu tempat yang merangkumi semua duit yang mereka pinjamkan kepada orang ramai?


Jawapannya ialah TIDAK! Duit kertas dan digit-digit komputer hanyalah ILUSI yang dicipta oleh golongan Bankers untuk mencipta duit daripada tiada, yang meningkatkan kekayaan mereka secara eksponen, serta membantu mereka mengawal orang lain dan masyarakat, kerana bank juga meminjamkan duit kepada kerajaan dan mengenakan faedah ke atasnya, sekaligus menjadikan sesebuah kerajaan berhutang.


Kesinambungan daripada hal ini, pihak banklah yang sebenarnya mengawal negara selagi mereka dapat menjerumuskan sesebuah kerajaan ke dalam lembah hutang. Secara teori, mereka memberitahu kerajaan untuk melangsaikan hutang dalam tempoh masa tertentu, dan jika kerajaan gagal (kerana tidak mempunyai wang untuk membayar faedah), pihak bank akan menawarkan kata dua yang menjayakan kepentingan mereka.


Justeru itu, kuasa SEBENAR berada di tangan International Bankers. Dunia sebenarnya dikawal oleh ILUSI duit.


Apa akibatnya jika anda gagal membayar semula jumlah duit yang sebenarnya tidak wujud? Pihak bank akan mengambil tindakan undang-undang dan merampas harta benda anda sehingga anda melangsaikan jumlah hutang (yang sebenarnya tidak pernah dipinjam), termasuklah duit faedah.


Jika seseorang memalsukan not-not wang dan menyebarkannya, ia adalah satu jenayah, dan jika tertangkap dia akan dipenjarakan. Tetapi pada satu sisi yang lain, inilah yang dilakukan oleh pihak bank sehari-hari; dalam jumlah yang besar. Penjenayah mencipta duit daripada tiada dan dia dihukum, tetapi pihak bank melakukan perkara yang sama dan mereka menggelarkan ‘perbankan’.


Inilah hakikat ilusi kewangan dunia pada masa kini. Money scam ini telah bermula semenjak zaman purba lagi. Sedarlah apa yang berlaku di sekitar anda. Celikkan hati dan mata terhadap hajat ‘kerajaan’ dan ‘ahli politik’. Jangan bunuh diri anda hanya semata-mata kerana digit-digit di skrin komputer (bunuh diri sebab hutang keliling pinggang).


* Tulisan ini dirujuk dan diterjemah daripada sumber berikut: