Sunday, April 29, 2012

7 Sunnah Rasulullah SAW (Menarik!)

7 Sunnah Rasulullah SAW (Menarik!) 7 Sunnah Rasulullah SAW (Menarik!) Cara hidup siapa lagi yang kita hendak ikut kalau bukan junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW. Jom kita ikuti apakah sunnah rasulullah SAW semasa hayat baginda masih hidup.
Hukum Akad Nikah Menerusi Sidang VideoMarch 15, 2012 Rahsia Di Sebalik Mandi WajibJanuary 30, 2012 Bagaimana Nak Sihat Gaya Rasulullah? (Menarik!)December 3, 2011 Hukum Solat Tarawih Berjemaah 8 atau 20 Rakaat. Bidaah atau Sunnah?July 27, 2011 Melayukini.net 7 Sunnah Rasulullah SAW (Menarik!) | Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Begitulah kehidupan manusia. Manusia yang paling mulia di dunia ini siapa lagi kalau bukan baginda Nabi Muhammad SAW. Baginda merupakan pemimpin contoh bagi semua penduduk di dunia ini. Jadi apa kata kita mengetahui apakah sunnah Rasulullah SAW ketika hayatnya masih hidup. Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”. Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Melayukini.net - Jadi apa tunggu lagi, jom kita sama-sama terapkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita sepertimana baginda ada bersabda iaitu “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.” Sumber: Islam Itu Indah | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net