Thursday, October 25, 2012

Fadhilat atau kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah.

Fadhilat atau kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah. Seperti yang kita tahu, tarikh Hari Raya Aidiladha tahun 2012 jatuh pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1433 Hijrah. Jadi, Hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah akan jatuh pada hari Khamis ini. saya kongsikan fadhilat atau kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah. 1) Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.” (Hadis adalah hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)
2) Sabda Rasullullah S.A.W lagi: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :- 1. Orang-orang yang mati syahid 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah. 3) Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim). # Jom kita pakat-pakat ajak anak, isteri dan sahabat-sahabat seperjuangan agar menunaikan puasa sunat hari Arafah.