Tuesday, November 06, 2012

Panduan PTD

1) Perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) telah terlibat dalam setiap peringkat pembangunan negara, sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini. Ia bermula dengan peringkat pengukuhan struktur pentadbiran negara (1950an sehingga lewat 1960an) dan peringkat perlaksanaan program pembangunan infrastruktur sosial, ekonomi dan perindustrian (1970an). Pada 1960an dan 1970an juga perkhidmatan awam merupakan engine of growth kepada negara sebelum dipindahkan kepada sektor swasta, dan diteruskan pada era 1980an sehingga sekarang dengan peranan untuk bertindak sebagai pemacu dan pemandu kepada kemajuan negara. _____________________________________________________ 2) Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan awam terawal dan ‘premier’ yang telah bermula sejak zaman penjajahan British lagi iaitu pada 1904. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa asal usul perkhidmatan ini adalah lanjutan dari Malayan Civil Services sebelum ditukar kepada Malaysian Home and Foreign Services (MHFS) pada 1966. Pada 1971, nama Malayan Home and Foreign Services (MHFS) ini telah ditukarkan sekali lagi kepada Perkhidmatan Tadbir Diplomatik (PTD) sehinggalah ke hari ini. _____________________________________________________ 3) Perkhidmatan Awam mempunyai fungsi dan peranan yang pelbagai seperti membantu dalam penggubalan polisi dan dasar kerajaan, menjadi penasihat kepada kerajaan, serta merancang, melaksana dan memantau dasar, program dan aktiviti kerajaan. Untuk itu, Perkhidmatan Awam mempunyai pelbagai jabatan, agensi dan badan yang mempunyai pengkhususan masing-masing yang mempunyai kepentingan kepada rakyat dan negara. Di dalam Perkhidmatan Awam, terdapat sebanyak 278 skim perkhidmatan, termasuklah Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD). _____________________________________________________ 4) Perkhidmatan Awam Malaysia merupakan suatu jentera pentadbiran atau kuasa eksekutif dalam melaksanakan dasar-dasar dan keputusan kerajaan bagi mencapai segala objektif dan matlamat negara. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan (Per. 132) Perkhidmatan Awam terdiri daripada Angkatan Tentera, Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang, Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Pasukan Polis, Perkhidmatan Awam Bersama, Perkhidmatan Awam Negeri dan juga Perkhidmatan Pendidikan. Tujuan utama Perkhidmatan Awam ditubuhkan adalah untuk membentuk suatu persekitaran masyarakat yang yang baik dari segi keamanan, ketenteraman, pelajaran, keadilan, kebebasan, kesihatan dan membangun dari segi ekonomi dan sosial. _____________________________________________________ 5) Deskripsi Tugas PTD: Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. ______________________________________________________ 6) Jawatan PTD ini lebih kepada jawatan dalam organisasi untuk peringkat lebih tinggi. Gred bagi jawatan ini bermula dengan M41 dan akan naik ke gred seterusnya mengikut hirearki. Jawatan ini membolehkan kakitangan kerajaan menjawat jawatan penting dalam sebuah badan kerajaan seperti jabatan pengangkutan jalan, jabatan penilaian negara dan sebagainya. _____________________________________________________ 7) Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik: Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. _____________________________________________________ 8) Antara kelebihan seorang yang bergelar PTD ialah : 1)Kenaikan pangkat bagi PTD agak cepat berbanding dengan skim jawatan lain dalam sector awam.Mungkin dalam tempoh 5tahun boleh melangkaui 3 peringkat gerd kerajaan. 2) Kebiasaannya mereka yang berjawatan ini akan lebih dipandang tinggi. Mereka yang akan bertindak sebagai tunjang bagi sesuatu jabatan akan lebih dikenali.. 3) Pendapatan mereka merupakan yang tertinggi berbanding jawatan lain yang disahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).. 4) Seorang PTD berpeluang untuk ke jawatan tertinggi kerajaan.. Antaranya berpeluang untuk menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan Setiausaha Kerajaan (SUK). _____________________________________________________ 9) Kelebihan PTD: 1. Kenaikan pangkat bagi PTD agak cepat.. Dalam tempoh 5 tahun anda mungkin berjaya melangkaui 3 peringkat gred kerajaan. Ini memang cepat berbanding dengan skim jawatan lain. 2. Anda akan lebih berpengaruh. Kebiasaannya mereka yang berjawatan ini akan lebih dipandang tinggi. Mereka yang akan bertindak sebagai tunjang bagi sesuatu jabatan akan lebih dikenali.. 3. Gaji masyuk.. Huhuhuhuhu.. Pendapatan mereka merupakan yang tertinggi berbanding jawatan lain yang disahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).. 4. Berpeluang untuk ke jawatan tertinggi kerajaan.. Antaranya berpeluang untuk menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan Setiausaha Kerajaan (SUK). Bergantung pada prestasi dan nasib. _____________________________________________________ 10) Bagi yang berminat bertugas di luar negara sebagai diplomat, antara ciri yang diperlukan yang sempat dicatit adalah seperti berikut: 1. Memiliki daya keyakinan yang tinggi. 2. Ilmu pengetahuan. 3. Mudah menyesuaikan diri. 4. Berdikari. 5. Boleh berinteraksi dengan baik. 6. Kreatif. _____________________________________________________ 11) Bagi yang berminat bertugas di luar negara sebagai diplomat, antara ciri yang diperlukan yang sempat dicatit adalah seperti berikut: 1. Memiliki daya keyakinan yang tinggi. 2. Ilmu pengetahuan. 3. Mudah menyesuaikan diri. 4. Berdikari. 5. Boleh berinteraksi dengan baik. 6. Kreatif. ______________________________________________________ 12) Seorang diplomat perlu tahu serba serbi. Antara perkara perlu diketahui adalah dasar-dasar negara, isu-isu semasa, mahir bahasa tempatan, pandai memasak, pandai menulis, pandai berucap dan pandai mengurus rumah tangga. Perkara utama untuk diketahui apabila sampai di sesuatu tempat bertugas adalah mengetahui di mana hospital, kedai, pasar dan lain-lain tempat yang akan selalu dikunjungi. Siapkan perkara peribadi di samping tugasan di pejabat.Jika sebelum ini PTD bertindak sebagai pentadbir, kini PTD perlu bertindak sebagai pengurus, pakar, profesional dan teknokrat. WALLHU'ALAM...