Monday, December 30, 2013

PESAN/PETUA IMAM SYAFIE UNTUK LELAKI


PESAN/PETUA IMAM SYAFIE UNTUK LELAKI Empat perkara menguatkan badan 1. Makan daging 2. Memakai haruman 3. kerap mandi 4. Berpakaian dari kapas Empat perkara melemahkan badan 1. Banyak berkelamin (bersetubuh) 2. Selalu cemas 3. Banyak minum air ketika makan 4. Banyak makan bahan yang masam Empat perkara menajamkan mata 1. Duduk mengadap kiblat 2. Bercelak sebelum tidur 3. Memandang yang hijau 4. Berpakaian bersih Empat perkara merosakan mata 1. Memandang najis 2. Melihat orang dibunuh 3. Melihat kemaluan 4. Membelakangi kiblat Empat perkara menajamkan fikiran 1. Tidak banyak berbual kosong 2. Rajin bersugi (gosok gigi) 3. Bercakap dengan orang soleh 4. Bergaul dengan para ulama CARA TIDUR 1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. Doa, zikir, itulah kekuatan seorang muslim Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. Join group ini sebagai tanda sokongan anda kepada produk Islam ! --> https://www.facebook.com/groups/136858116523174

Thursday, December 26, 2013

KWSP BANTUAN KEMATIAN UNTUK PEWARIS.


KWSP BANTUAN KEMATIAN UNTUK PEWARIS. KWSP BANTUAN KEMATIAN UNTUK PEWARIS. PERHATIAN kepada semua orang yang mempunyai akaun KWSP! Tidak kira berapa umur anda, tidak kira berapa lama anda memegang akaun KWSP anda, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada dalam akaun KWSP, dan tak kira berapa lama anda telah mencarum untk KWSP.. mengikut Undang-undang Kerajaan, KWSP perlu membayar RM 2500 untuk keluarga pemegang akaun KWSP apabila pencarum meninggal dunia (ahli keluarga perlu menuntut RM 2500 dalam tempoh 6 bulan). KWSP tidak pernah memberitahu kepada semua tentang ini, sangat sedikit orang yang benar-benar menerima RM 2500 apabila ahli keluarga meninggal dunia kerana tidak ramai yang tahu tentang perkara ini. Di manakah RM 2500 pergi apabila keluarga si mati itu tidak menuntut? poket seseorang?? Kita tidak tahu! Oleh itu, sila sampai maklumat ini kepada semua keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan rakan-rakan, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk menuntut RM2500 apabila dalam keluarga mereka ada yang meninggal dunia. Jangan biarkan RM 2500 pergi ke poket seseorang! — copy&paste dari Grop lain. KWSP - Faedah Sebagai Ahli KWSP - KWSP - http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/members/member-responsibility/registration/benefits-as-an-epf-member

Friday, December 20, 2013

Petua Untuk Wanita Menjaga Kulit Mengikut Usia


Petua Untuk Wanita Menjaga Kulit Mengikut Usia 1. Usia belasan tahun dan 20-an - Ketika usia remaja, kebanyakan gadis menghadapi masalah kulit berminyak dan kekotoran. Namun, ia dapat diatasi dengan menggunakan pembersih, penyegar dan pelembap dan dirumus khusus untuk kulit berminyak. Gadis remaja dinasihat menggunakan krim pelindung matahari untuk melewatkan garis-garis dan kedutan apabila menjangkau usia 30-an. 2. Usia 30-an - Di usia ini, kelenjar minyak mula kurang mengeluarkan minyak dan menjadikan kulit kering.Kulit yang kering akan menimbulkan garis-garis dan kedutan. Kulit di sekitar mata dan leher mengeluarkan tanda-tanda penuaan. Inilah masanya memilih pelembap yang baik. Selalu gunakan krim pelindung matahari untuk melindungi kulit daripada sinar matahari. 3. Usia 40-an ke atas - Kulit menjadi lebih tipis, kering dan kurang anjal. Anda perlu menggunakan bahan penjagaan kulit seperti pembersih, penyegar dan pelembap yang mana ia diperkayakan dengan ramuan kolagen, anti oksidan, vitamin dan liposom untuk menjadikan kulit lebih sihat dan mulus. 4. Usia 50-an dan ke atas - Kulit di usia begini lebih tipis kerana melalui perubahan hormon dan gejala akibat menopaus. Pengeluaran minyak semakin berkurangan. Di bahagian dermis, kolagen dan elastin semakin lemah menyebabkan kulit berkedut dan kendur.Kulit hilang kehalusan dan ketegangan menyebabkan ia kelihatan tidak bermaya. Pilih produk yang khusus untuk kulit berusia 50 puluhan. Biasanya ia mengandungi bahan khusus untuk menjadikan kulit lebih muda. Perhatian khusus perlu diberikan kepada bahagian kulit yang lebih lembut seperti di leher dan bawah mata.

Wednesday, December 18, 2013

Petua Untuk Mendapatkan Rezeki Melimpah


Petua Untuk Mendapatkan Rezeki Melimpah 1. Selalu berusaha dengan sebaik-baiknya, baik sebagai pengusaha, pegawai, pekerja, pedagang, dan lain-lain yang pada dasarnya dapat menghasilkan wang. Firman Allah : " Dialah Allah yang menjadikan Bumi ini mudah bagi Kamu, maka berjalanlah disegala penjuru dan makanlah sebagian dari Rezeki-NYA. Dan hanya kepada-NYA lah kamu ( kembali setelah ) dibangkitkan ". (QS Al Mulk : 15) 2. Bertakwa dalam erti menjalankan segala perintah Allah serta menjauhi segala larangan-NYA. Firman Allah : " Dan barang siapa yang bertakwa pada Allah, maka baginya akan diberikan jalan keluar dan akan diberikan Rezeki yang datangnya tanpa disangka-sangka ".QS Ath Tholaq : 2-3 3. Banyak membaca Istighfar. Iaitu memohon keampunan dari Allah SWT, atas segala dosa dan kesalahan. Firman Allah : " Mohonlah Keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun, nescaya DIA akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula sungai-sungai ". (QS Nuh : 10-12) " Memperbanyak Istighfar itu dapat mendatangkan (menarik) rezeki " (Lubabu al Hadits) 4. Bertawakal kepada Allah iaitu berserah diri dan menyandarkan segala urusan kepada Allah jua, seraya mohon pertolongan atas keberhasilan untuk memperoleh Rezeki yang lapang dan halal. Firman Allah : " Dan barang siapa ber Tawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan ( keperluan )-nya ". ( QS Ath Thalaq : 3 ) 5. Berdoa memohon dengan berzikir, kerana Allah s.w.t. adalah Dzat yang memberi rezeki dan kekuatan. Berdoa dengan mendekat pada Allah (Ber Taqarrub ) Firman Allah : " Berdoalah kepada-KU ( Allah ) nescaya AKU (Allah) akan mengabulkannya ".(QS Al- Mukmin : 60) 6. Bermurah Hati serta gemar mengInfaqkan sebahagian dari harta bendanya ke jalan Allah. Firman Allah : " Dan apa saja yang engkau Infaqkan, maka Allah akan mengganti. Dan DIA-lah sebaik-baik Pemberi Rezeki ". (QS Saba' : 39) 7. Bertahmid, iaitu membaca Alhamdulillah ketika mendapat rezeki atau mendapatkan sesuatu yang menggembirakan. Bertahmid itu ertinya memuji dan bersyukur atas pemberian NikmatNYA itu. Allah akan selalu menambah rezeki orang-orang yang bersyukur. Firman Allah : " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami (Allah), akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari ( Nikmat-KU ), sesungguhnya Azab-KU sangat pedih " (QS Ibrahim : 7).

Wednesday, December 04, 2013

DOA Supaya Anak Dengar Kata


DOA Supaya Anak Dengar Kata Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga. Ini memang tidak dapat dinafikan, selain usaha-usaha yang perlu kita ambil. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak. 1. Amalkan membaca baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur. 2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah. 3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5. Kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3 kali - "Ya Allah lembutkan hati anak ku (sebut nama anak) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi." Hembuskan pada makanan atau minumannya. 4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.” 5. Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.

Tuesday, November 26, 2013

Ruqyah Syar'iyyah

Konflik Syria petanda Akhir Zaman


KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel. Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia. Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman. Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH dan jurufoto, AZMI ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi Karim. Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda akhir zaman. Ada atau tidak nas yang boleh dikaitkan dengan andaian itu? Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria. Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman. Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW. Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA). Wallahua'lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia berlaku, maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria. Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam. Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria? Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW. Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama. Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS. Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi. Apa yang berlaku sebelum Imam Mahdi muncul? Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi. Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal. Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air. Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini, seolah-olah mengikut skrip iaitu hadis Nabi? Ya, memang betul mengikut skrip. Nabi sebut akan berlaku peperangan besar, sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang tak tahu sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar’a. Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan 'Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam' bermaksud ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’. Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu “Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam” ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa. Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku mereka. Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: “Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali”. Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim. Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati. Peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan. Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja. Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan, maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar al-Assad. Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah - Sunni. Dan sebagaimana penerangan Ustaz tadi, ia juga dikaitkan dengan kemunculan Dajjal. Difahamkan, ada hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh orang Yahudi dari Isfahan, Iran. Apa maksud hadis itu? Nabi bersabda, “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah”. ini hadis riwayat Muslim. Al-Tayalisah ialah sejenis selendang yang dipakai orang Iran atau Parsi semasa hendak perang dan sembahyang. Persoalannya kenapa Nabi kata Dajjal keluar di sebuah bandar di Iran, tidak di Israel atau Amerika, Rusia atau China? Saya tidak pasti, tetapi jika kita lihat di Iran, ada Syiah di sana. Apabila berlaku kebangkitan rakyat di Syria, negara luar yang mula-mula campur tangan ialah Iran. Masa campur tangan itu, mereka bukan hendak sokong rakyat Syria, tetapi Iran hantar 10,000 tentera dengan penembak hendap. Pada Mei 2012, saya bersama NGO Muslim Care hantar bantuan kali pertama ke Syria dan kami bertemu dengan seorang ulama Syria di Turki, Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni. Beliau berkata; “Kami dulu menyangka Syiah ini saudara kita, rupa-rupanya mereka adalah sebaliknya. Bahkan, Syiah ini lebih ‘najis’ dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan orang Islam yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding dengan orang Islam yang dibunuh di Syria”. Di Syria yang mendapat sokongan Syiah Iraq, Iran dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000 rakyat Syria sudah dibunuh sejak kebangkitan itu. Berbanding di Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang terbunuh sejak Israel tawan negara itu. Melihat kepada perkara ini, kita pelik kenapa Syiah begini dan benarlah Nabi kata Dajal akan keluar dari Isfahan, Iran.

Monday, November 25, 2013

GAMBAR SADIS RITUAL KESESATAN PENGANUT SYIAH!


GAMBAR SADIS RITUAL KESESATAN PENGANUT SYIAH! Posted by Lyana Samat on September 18, 2013 at 10:19am in Artikel Baru Send Message View Discussions GAMBAR SADIS RITUAL KESESATAN PENGANUT SYIAH! GAMBAR NGERI RITUAL SIKSA DIRI PENGANUT SYIAH SESAT | Salah satu kebudayaan yang paling unik yang dimiliki oleh negara Syiah Iran adalah ritual siksa diri yang dilakukan setiap bulan Asyura di padang Karbala. Majoriti penduduk Iran yang beragama Syiah melakukan ritual ini mulai dari anak-anak hingga orang tua, darah pun menitis di mana-mana kerana sebatan rantai bermata pisau, yang digunakan oleh para peserta ritual memperingati wafatnya cucu Nabi Muhammad tersebut. Para peserta juga ada yang menggunakan pisau, pedang dan benda tajam yang lain untuk melukai diri. Ritual yang kemudian seolah-olah menjadi ibadah ini sebenarnya tidak pernah diajarkan oleh Nabi Muhammad kerana ritual ini sebenarnya dilakukan oleh penganut Syiah sebagai bentuk perpaduan mereka terhadap cucu Nabi Muhammad. Menurut sebagian orang, apa yang dilakukan oleh para penganut Syiah ini adalah merupakan perbuatan bodoh, bagaimana mungkin Allah akan meredhai perbuatan seperti ini, menyakiti orang lain saja adalah perbuatan dosa apalagi menyakiti diri sendiri, lebih tragisnya lagi penganut syiah menganggap ritual ini termasuk bahagian dari Ibadah . Pertanyaannya adalah, jika saat ini Nabi Muhammad masih hidup, apakah beliau mengizinkan ritual ini? Tentu saja tidak, kerana dalam Islam menyakiti diri sendiri adalah termasuk perbuatan yang diharamkan.

Sunday, November 24, 2013

pedang paling tajam di dunia


Pedang Damascus yang digunakan oleh pemimpin tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12 iaitu Salahuddin Al-Ayyubi telah diakui pedang paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik King Arthur. Pedang ini diperbuat besi baja “Damascus” dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya amat tajam dan lentur. CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya. Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia dan amat dikagumi oleh Barat. Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini. Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini. Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod “Damascus” yang bersaiz nano yang mudah lentur, tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.

Saturday, November 23, 2013

Perjuangan & garis politik

< Perjuangan & garis politik Hishamuddin Rais 11:47AM Nov 20 2013 Muktamar PAS ke-59 kali ini bukan hanya diperhatikan rapi oleh warga Malaysia sahaja. Malah, bekas rakan sekerja Edward Snowden dalam National Security Agency (NSA) di Amerika dan Goverment Communication Headquaters (GCHQ) di England turut sibuk merakamkan apa yang sedang berlaku. Keputusan pemilihan pucuk pimpinan PAS kali ini bukan hanya mempengaruhi arah politik Malaysia, malah juga ASEAN dan Asia Tenggara. Ahli PAS yang akan mengundi di muktamar kali ini berpeluang memilih pucuk pimpinan dari dua jalur atau dua garis politik. Media milik gerombolan United Malays National Organisation dan suku sakatnya mentakrif dua garis ini sebagai kumpulan ulamak dan kumpulan 'Erdorgan'. Sesekali Erdorgan ini dikatakan juga kumpulan profesional. Sebenarnya ini nama-nama ini hanya ‘papan tanda' untuk mengelompokkan agar dapat diberi tanda. Ketika Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li melawan Mahathir Mohamad dulu, dikatakan wujud Tim A dan Tim B dalam United Malays National Organisation. Sebenarnya ada dua garis yang jelas yang diwakili oleh Ku Li atau Mahathir walau pun media tidak menerangkan secara tuntas. Nama diberi untuk memudahkan media membuat kerja. Dalam PAS memang wujud kumpulan yang dipanggil ulamak. Dalam bahasa Arab, ulama membawa erti pemikir atau intelektual. Alim ertinya berilmu pengetahuan. Di Malaysia ini dua perkataan Arab ini telah disakralkan dan hanya diasosiasi dengan agama. Walhal alim dan ulama ini adalah untuk sesiapa sahaja yang memiliki daya fikrah yang kritikal dalam bidang keilmuan masing-masing, tidak semestinya hanya agama. Erdorgan pula ialah ikutan nama perdana menteri Turki yang bukan ulama tetapi berjaya memimpin Turki dengan garis politik Islam. Nama ini muncul di Malaysia kerana golongan yang dikatakan kumpulan Erdorgan adalah gulungan profesional bukan guru agama, bukan lulusan pondok, tidak berserban, tidak berjubah dan tidak berjanggut panjang. Jauh sekali hidup mencari makan dengan menjual air jampi. Kadang kala kumpulan Erdorgan ini dipanggil Anwarista. Jika perkataan Anwarista atau Anwarisna seperti dalam ucapan Zul Nordin maka kita tahu di belakang sebutan ini ada niat tidak baik. Anwarista ini digunakan untuk menggambarkan para pemimpin PAS ini sebagai macai kepada Anwar Ibrahim. Di sebalik jenama ini sebenarnya ada garis politik yang amat jelas. Garis politik inilah yang wajib kita ketahui untuk memahami apakah tanda dan makna muktamar PAS kali ini. Muhamad Sabu aka Mat Sabu dan Nik Amar yang merebut jawatan timbalan presiden PAS adalah manifestasi dari dua garis politik yang amat jauh berbeza. Dua sosok ini membawa dua pendekatan politik yang berlainan. Apa yang membezakan mereka ialah cara mereka melihat dan mentafsir Islam dalam konteks realpolitik Malaysia dan dalam konteks realpolitik dunia kontemperori. Umum mengetahui bagaimana kumpulan ulama ini telah bersidang tidak berapa lama dahulu. Hasil persidangan ini satu ketetapan telah diluluskan. Mengikut ketetapan ini para ulama meminta parti PAS menilai kembali hubungannya dalam Pakatan Rakyat. Mat Sabu lwn Nik Amar Menilai kembali ini bermakna telah wujud perasaan tidak puas hati di kalangan alim ulama dalam hal perserikatan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Demokratik. Apa yang menimbulkan ketidakpuasan hati ini tidak pula jelas. Yang diumumkan kepada orang ramai hanyalah ulama mahu "menilai kembali" kerjasama dalam Pakatan. Untuk yang arif politik, melintas Mat Bangla di depan mata telah diketahui sama ada pendatang haram atau tidak. Justeru, ketetapan dari persidangan ulama ini bermakna ada jalur dalam parti PAS yang tidak mahu terus bersama dalam Pakatan. Garis ulama ini menolak usaha menggalang barisan bersatu untuk menjatuhkan United Malays National Organsiation dan konco-konconya. Terlulusnya ketetapan ini bermakna garis politik para ulama PAS ialah menentang kerjasama dalam Pakatan. Dalam bahasa anak muda yang cool, PAS nak blah dari Pakatan. Justeru garis PAS akan meninggalkan Pakatan menjadi mistos umum apabila pemerhati politik membincangkan muktamar PAS kali ini. Umum juga telah mengetahui bagaimana secara terbuka Nik Amar sendiri mengakui bahawa dirinya adalah ‘seorang ulama'. Justeru Nik Amar dianggap mewakili dan membawa garis ulama dalam muktamar PAS kali ini. Manakala Mat Sabu dalam ceramahnya telah berkali-kali berkata: "Apabila PAS keluar dari Pakatan, maka PAS akan menjadi lebih kuat. Tetapi jajahan takluk PAS hanya bermula dari Rantau Panjang dan berakhir di Kemaman." Ucapan Mat Sabu ini jelas memperlihatkan bahawa garis politik yang dibawa oleh Mat Sabu ini ialah garis politik yang bersedia untuk meneruskan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan. Mat Sabu memahami realpolitik Malaysia. Dalam politik pilihan raya - satu warga satu undi - tidak ada jalan lain untuk mengambil alih kuasa melainkan bekerja sama dengan kumpulan yang bukan dari parti PAS. Ikatan kerjasama ini dari pandangan Mat Sabu telah memberi kejayaan dalam tahun 1999, 2004, 2008 dan dalam PRU13 yang baru selesai. Hanya dengan bekerja sama dengan parti-parti yang bukan dari bakul ketuanan Melayu barulah PAS mendapat kejayaan. Malah di Selangor kemenangan PAS yang amat cemerlang itu adalah hasil dari kerjasama dalam Pakatan. Apakah perlawanan antara Mat Sabu dan Nik Amar ini membawa makna Mat Sabu menentang ulama? Dalam konteks Mat Sabu dan ulama, ia sesuatu yang pelik dan sukar untuk dipercayai. Sejarah masih belum merakamkan secara tuntas tentang konsep kepimpinan ulama dalam PAS. Tidak ramai yang mengetahui bahawa konsep ini adalah hasil dari gerakan Mat Sabu dan kawan-kawan yang telah melihat kejayaan Revolusi Iran 1979. Ketika konsep ‘kepimpinan ulama' ini diajukan Mat Sabu sedang bergerak aktif dalam Pemuda PAS. Apakah para ulama tidak melihat realpolitik di mana Malaysia ini sebuah negara majmuk - berbilang bangsa dan agama. Malah dalam kumpulan penganut Islam itu sendiri tidak semua yang memegang kad pengenalan Islam bersetuju dengan apa yang cuba dibawa dan dilakukan oleh kumpulan ulama ini. Parti 'fatwa fatwi' Jawabnya, para alim ulama ini melihat realpolitik ini. Tetapi kefahamam politik dan analisa politik mereka tidak memasukkan ekonomi dan kelas sebagai asas politik. Gerakan parti politik bertujuan untuk mengambil kuasa. Dengan memenangi kuasa maka punca-punca ekonomi boleh dimiliki. Dengan memiliki punca ekonomi maka barulah dapat dilaksanakan satu sistem ekonomi yang berkemungkinan melahirkan Negara Berkebajikan. Tanpa kuasa politik tidak ada kuasa ekonomi. Tanpa kuasa ekonomi tidak ada satu habuk. Yang ada hanya selipar Jepun dan kain cukin. Ini difahami jelas oleh Mat Sabu. Tetapi agak kabur dalam pandangan mata para ulama. Justeru kita melihat bagaimana akhbar Utusan Malaysia berhempas pulas cuba menimbul agenda hudud, isu Syiah, isu Allah, semua ini bertujuan untuk memerangkap ahli PAS agar gagal memahami ekonomi sebagai asas politik. Niat dan cita-cita Utusan ini cukup jelas. Selagi PAS bersama Pakatan, maka kesihatan parti ketuanan Melayu ini akan terus merudum menuju ke liang lahad. Dalam realpolitik, kuasa United Malays National Organsiation hari telah lupus. Yang membolehkan gerombolan ini berkuasa hanya melalui kuasa polis, Cawangan Khas atau kuasa mahkamah. Sebanyak 52 peratus akyat Malaysia tidak lagi menyokong United Malays National Organisation dan konco-konconya. Apakah para ulama tidak melihat ini? Jawabnya, ada melihat dan ada tidak. Kalau kita perhatikan dunia Islam hari ini ialah melimpah dengan kekayaan hasil bumi. Sayangnya kekayaan negara Islam ini disaluti dengan kebebalan fikrah warganya. Tidak ada yang alim dan tidak ada yang ulama. Para alim dan ulama ini hanya tinggal nama sahaja. Mengikut Mat Sabu gerakan Islam hari ini masih lagi di tahap ‘takfiri'. Masih lagi membincangkan apa yang suci dan apa yang haram. Masih lagi menuduh siapa kafir dan siapa boleh masuk syurga. Islam gagal untuk mengajukan satu sistem sosial yang berkebajikan. Walhal hampir tiga suku ayat-ayat dalam Quran ialah tentang kebajikan umat manusia. Semenjak tahun lalu mimpi berahi United Malays National Organisation dan Utusan Malaysia ialah kekalahan Mat Sabu. Gerombolan Ketuanan Melayu bermimpi sambil merancang agar parti PAS akan meninggalkan Pakatan. Jika semua ini gagal, parti ketuanan melayu berharap PAS akan kembali menjadi parti ‘takfiri' yang akan menuduh sesiapa sahaja sebagai kafir dan musuh Islam. Gerombolan ketuanan Melayu berharap PAS akan menjadi parti politik yang kerjanya hanya mengeluarkan fatwa fatwi untuk menghukum dan mengkafirkan sesiapa sahaja yang dianggap tidak bersetuju dengan garis politik PAS. Bila ini berlaku maka anak muda akan lari lintang pukang menjauhi PAS. Bukan takut dengan PAS tapi menyampah dengan parti kolot yang mengganggu hidup mereka. Jika ini terjadi maka jaringan luas yang wujud hari ini, dari anak semua bangsa dan dari agama semua kaum yang menyokong PAS akan kendur. Inilah yang dikatakan oleh Mat Sabu "wilayah takluk PAS hanya bermula dari Rantau Panjang dan berakhir di Kemaman". Maka akan bergumbiralah ahli United Malays National Organisation kerana mereka boleh merompak harta negara tanpa sekatan. Setakat ini Utusan Malaysia akhbar milik parti ketuanan Melayu sedang berkempen memutar alam. Tapi ahli PAS yang bersidang ke muktamar telah dewasa. Setitik dakwat Utusan telah diketahui jantan betinanya.

Friday, November 22, 2013

Sepuluh arahan Presiden simpulkan ucapan dasar


Sepuluh arahan Presiden simpulkan ucapan dasar NOV 22, 2013 HARAKAHDAILY SHAH ALAM: Ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar PAS Pusat ke-59 kali ini mencatat kelainan apabila Tuan Guru Abdul Hadi Awang di fasa akhir ucapannya menyebut sepuluh arahan yang patut dilaksanakan aktivis PAS di setiap peringkat organisasi. Sepuluh arahan itu menyentuh peranan yang perlu dilaksanakan oleh Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS negeri dan Wilayah Persekutuan bagi merealisasikan tema “Rahmat Untuk Semua”. Sepuluh arahan yang terkandung dalam ucapan dasar Presiden itu adalah: Semua pihak dalam Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS Negeri dan Wilayah serta Kawasan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas terhadap tema ”RAHMAT UNTUK SEMUA”, dan seterusnya bertindak merangka perancangan dan strategi pelaksanaan agar intipati ini dapat berada dalam masyarakat dan difahami bahawa dasar Islam ini dibawa oleh PAS. Jadikanlah tema ini sebagai sesuatu yang benar bernafas, bukan sekadar slogan kosong yang sedap didengar sebagai halwa telinga untuk Muktamar semata-mata. Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan juga perlu lebih dinamik dalam gerakerja tersusun yang mempunyai sasaran bulanan dan tahunan, menambahkan ahli yang berkualiti, mendekati medan baharu dalam masyarakat, dan mempunyai sekurang-kurangnya 50% program di kalangan ahli baharu atau masyarakat awam di luar lingkungan ahli jamaah. Penentuan petunjuk prestasi perlu dibangunkan, sebagai sasaran kerja yang lebih terarah. Kukuhkan organisasi parti dengan berbagai ilmu pengurusan, kepimpinan perlu dibajai dengan tarbiyah untuk membentuk diri seterusnya mengikhlaskan niat perjuangan. Usaha yang berterusan untuk mengaktifkan ILHAM, dan modul-modul pembinaan diri ahli di berbagai peringkat mestilah diperkukuhkan dengan menjadikannya sebagai salah satu sasaran tahunan. Sabah dan Sarawak adalah rakan penting dalam pembentukan Malaysia. Rakyat di sana telah bersama dalam referendum yang melahirkan negara Malaysia, maka hargailah hasil yang turut sama dibina oleh rakyat Sabah dan Sarawak ini. Maka seluruh jentera PAS di medan ini perlulah berusaha gigih untuk menyedarkan rakyat tentang hak mereka ini supaya tidak dibuli oleh UMNO-BN disetiap masa dan ketika. Badan Perhubungan PAS di Sabah dan Sarawak pula perlulah melengkap dan memperkemaskan organisasi, mempertingkatkan kerja dakwah, menghilangkan phobia masyarakat di sana terhadap PAS, dan seterusnya merakyatkan PAS supaya diterima sebagai parti yang berupaya menjadi tempat bergantung mereka. Dewan Ulama pula merupakan nadi denyutan jamaah yang perlu bertindak pantas menjadi jurubicara jamaah dan menjelaskan isu di sekitaran dengan merujuk kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah, ijma dan qiyas. Bahan-bahan penerbitan dalam pelbagai rupa dan bentuk yang bersesuai dengan masyarakat perlu lebih dinamik dan bertenaga menjelaskan pendirian jamaah khususnya menterjemahkan Islam bagi menangani masalah semasa, juga membantu kerajaan negeri melaksanakan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam. Perbincangan ilmiah dan seminar khusus dalam memahami persoalan maqasid syariah, siyasah syari’yyah, perlu dijalankan dari masa ke semasa untuk menangani ketidakfahaman dalam masyarakat kita ini dan seterusnya menyediakan penyelesaian yang sesuai untuk sepanjang zaman. Dewan Pemuda pula mestilah sentiasa dinamik, melengkapkan diri dengan ilmu Islam dan kefahamannya, serta bersedia menyambung legasi perjuangan kepimpinan terdahulu sehingga mampu untuk melakukan islah di dalam masyarakat Malaysia yang masih sarat dengan berbagai fikrah yang berlawanan dengan Islam. Inovasi baharu dakwah perlu diterokai. Pemuda juga perlu mendepani isu semasa nasional, tempatan dan antarabangsa; dan mampu mengenengahkan permasalahan ummah dan mencadangkan penyelesaiannya dengan menonjolkan Islam sebagai rahmat untuk sekalian alam. Program siyasah yang bersifat inklusif perlulah diterokai untuk mendekatkan diri kepada masyarakat awam di luar sana. Dewan Muslimat perlulah mendepani berbagai isu dalam bahasa yang mudah dan menyentuh hati nurani masyarakat dalam negara kita ini, bahkan menerokai isu-isu antarabangsa. Program dalaman seperti tarbiyah wajar dimantapkan lagi, sejajar dengan keperluan semasa terutamanya untuk berdepan dengan zaman penggunaan pelbagai media supaya Dewan Muslimat berperanan besar dalam masyarakat terkini yang meletakkan kaum wanita menjadi penentu kepada wajah umat dan negara. Dewan Himpunan wajar untuk diperkembangkan peranan mereka dengan mempunyai modul-modul latihan khusus kepada ahlinya. Modul ini perlu dibangunkan, untuk melahirkan ahli Dewan Himpunan yang mampu bergerak dengan lebih baik lagi sebagai satu dari sayap parti yang penting, menjadi jambatan atau pintu yang menghubungkan rahmat Islam perjuangan PAS kapada kaum bukan Islam. Kawasan dan Cawangan perlu mempunyai sasaran kerja yang jelas yang dan dipantau oleh pimpinan negeri. Zaman mesyuarat tanpa fail dan tidak berkala itu adalah sudah berlalu. Program dalaman seperti program tarbiyah dan latihan mestilah menjadi agenda yang penting dalam aktiviti Kawasan dan Cawangan. Ahli dan kepimpinan PAS yang memikul amanah sebagai Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis dan Anggota Lembaga Pengarah, Ketua Kampung dan semua yang berkaitan perlulah melaksanakan amanah dengan sepenuhnya mengikut adab dan batas-batas akhlak, kerana peranan mereka yang telah dipilih oleh rakyat ini adalah sebagai wajah depan PAS. Prestasi mereka akan dipantau, dinilai dan akan dibantu oleh jemaah sekiranya terdapat kelemahan dalam melaksanakan tugas mereka. Semua dari kalangan mereka ini akan dijemput menyertai forum, perbincangan meja bulat, bengkel dan sesi latihan yang bersesuaian supaya lebih mahir dan dapat membantu dalam menjalankan tugas masing-masing. Ahli – ahli PAS secara keseluruhannya perlulah mempunyai disiplin dan akhlak yang tinggi, merapatkan saf ahli, mempunyai hubungan dengan Allah yang kuat, berada dalam suasana sentiasa dahagakan ilmu, dan seterusnya terlibat dalam aktiviti majlis ilmu, usrah, tamrin, muqayyam dan sebagainya dengan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan waqi’ dan keupayaan masing-masing.

Thursday, November 21, 2013

Tiada siapa mahu bawa PAS keluar PR....jangan fitnah (21/11/13)


Sejarah PAS bekerjasama dengan parti-parti politik lain untuk menjatuhkan BN dan dahulunya Perikatan bukanlah sesuatu yang baru. Seawal Pilihanraya Umum 1959 iaitu yang pertama buat Malaya Merdeka PAS telah bekerjasama dengan Parti Negara pimpinan Allahyarham Dato Onn Jaafar sehingga membentuk kerajaan campuran di Negeri Terengganu. Malah dalam Dewan Rakyat ketika itu walaupun PAS memiliki lebih kerusi, dan Parti Negara hanya satu melalui Dato Onn di Kuala Trengganu, PAS dan parti-parti pembangkang lain telah memberi laluan kepada Dato Onn untuk menjadi Ketua bagi parti-parti pembangkang di dewan (ketika itu belum diwujudkan jawatan Ketua Pembangkang lagi). Begitulah seterusnya dalam PRU-PRU berikutnya sehingga ada Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif, Barisan Rakyat dan kini akhirnya Pakatan Rakyat. “Tahaluf Siyasi” bukanlah sesuatu yang baru dalam PAS dan ia terus diterima pakai. Benarkah ada kelompok dalam PAS mahukan PAS keluar dari Pakatan Rakyat sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak. Demi untuk meraih kemenangan dan menjatuhkan kumpulan tertentu maka apa sahaja alasan yang dikira panas dan boleh mendatangkan kerosakan maksima (walaupun fitnah), akan digunakan oleh mereka yang ketandusan akhlak demi mahu menang. Malang sungguh. Saya percaya bagi PAS dalam kontek suasana politik di Malaysia, “Tahaluf Siyasi” merupakan satu alat penting bagi menjana kemenangan ke arah merealisasikan cita-cita perjuangannya. Kerjasama dalam PR ternyata membawa hasil yang lumayan buat perjuangan PAS yang sebelum ini tidak dapat dikecapi apabila menggunakan “alat” lain. Lalu semua akur dan menerima bahawa ianya wajar dimanfaatkan. Ada yang mengatakan bahawa Ulamak dalam PAS menolak PR kerana itu ada resolusi dalam Multaqa Ulamak Se Malaysia di Kedah September lepas yang menyerus agar disemak semula hubungan PAS dalam PR.Ini bagi mereka yang punya niat jahat adalah bukti mengapa calon-calon Ulamak atau yang Pro Ulamak perlu ditolak dalam pemilihan Muktamar PAS kali ini. Kerana itu perlu “KEKAL” jangan “UBAH”. Benarkah begitu? Salah satu resolusi Multaqa berkenaan berbunyi: Multaqa Ulamak Se-Malaysia turut mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah. Dimanakah pemahaman mereka sehingga membuat kesimpulan bahawa ada kelompok yang mahu membawa PAS keluar dari PR berdasarkan resolusi ini semata-mata? Kononnya "group" ulamak akan seret PAS keluar PR!? Ternyata bagi saya resolusi ini jelas menandakan bahawa Ulamak PAS mahu PAS terus kekal dalam PR dan memperkasakannya bukan sebaliknya. PAS sebagaimana DAP dan PKR sudah pasti mahukan kerjasama ini membawa untung dan manfaat buatnya. Lantaran itu bagi PAS untuk memastikan alat “PR” ini begitu maka ia perlu benar-benar menepati kepentingan PAS khasnya kepentingan Islam. (DAP pernah keluar dari Barisan Alternatif kerjasama PAS, DAP dan Semangat 46 apabila mereka lihat pakatan itu tidak menguntungkan mereka) Itulah yang mahu disuarakan oleh resolusi in yang telah diputarbelitkan oleh sesetengan pihak. Salahkah kita apabila mahu mempertahankan kepentingan Islam? Resolusi berkenaan jelas menyebut: “menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah” bukankah perkara-perkara seumpama ini merupakan tugas dan tanggungjawab Majlis Syura dan Dewan Ulamak kita. Yakinlah PAS akan terus kekal di dalam PR kerana itu kita mahu pastikan kepentingan PAS sentiasa terpelihara di dalamnya. Bukankah syarat-syarat Tahaluf itu ada 3 iaitu: 1. Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip 2. Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan 3. Tidak berwala’ kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka. Ternyata resolusi yang dimaksudkan cuba menekankan agar syarat-syarat ini terus terpelihara tidakkah begitu? Kedudukan PAS di dalam PR semakin kukuh dan Ulamak lah yang akan ke hadapan memastikannya begitu! Kita tidak mahu PAS sekali-kali terus mencair atau meluluhkan dasar dan prinsipnya semata-mata kerana mahu duduk dalam PR atau atas tekanan pihak tertentu. Dasar dan prinsip PAS perlu terus kekal dan diperkasakan. Dalam bahasa mudah, apabila kita berkawan kita mahu kawan-kawan menghormati dan menerima kita seadanya. Begitu juga sebagai balasannya kita akan beri hormat dan menerima kawan-kawan kita itu seadanya mereka. Sebelum ini tiada pihak pun yang membangkitkan isu ini, iaitu kepentingan memelihara kekuatan dalaman PAS. Keprihatinan Ulamak ternyata terkehadapan dalam memastikan PR terus relevan buat PAS. Kesimpulannya tiada pihak yang mahu bawa PAS keluar dari PR. Resolusi Multaqa Ulamak Se Malaysia ini adalah bukti betapa Dewan Ulamak dan Ulamak PAS mahu PAS terus kekal dalam PR dengan sendi dan kekuatannya terus terpelihara. Jangan jatuh dengan perangkap mereka yang mahu merosakkan kesatuan dan perpaduan dalam Jemaah. Selamat bermuktamar.

Wednesday, November 20, 2013

10 Kemahiran Yang Diperlukan Semasa Bertugas menJadi Pegawai PTD


10 Kemahiran Yang Diperlukan Semasa Bertugas menJadi Pegawai PTD 10 Kemahiran Yang Diperlukan Semasa Bertugas by salehuddin Berdasarkan pemerhatian semasa bertugas di beberapa tempat, penulis mendapati wujud beberapa kemahiran yang perlu dikuasai semasa bertugas. Kemahiran-kemahiran ini penting kerana ia memudahkan tugasan dan membantu jabatan. Tanpanya sukar untuk bergerak cergas dan menghasilkan output. Namun kemahiran-kemahiran ini bergantung kepada gred dan kedudukan anda dalam sesebuah organisasi. Kemahiran berkenaan adalah seperti berikut: 1. Kemahiran berkomunikasi secara lisan, tulisan dan perbuatan. Sebagai contoh menulis memo dan surat, berucap di hadapan orang ramai, bercakap dengan penyelia dan sebagainya. 2. Kemahiran berbahasa yakni bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa ketiga. 3. Kemahiran memberi cadangan penyelesaian dan bukannya menyatakan permasalahan sahaja. 4. Kemahiran merekod setiap hasil kerja dan rujukan. 5. Kemahiran mengadaptasi cara kerja yang berbeza di tempat tugas berbeza. Ini kerana setiap tempat bertugas mempunyai objektif dan fungsi asasnya tertentu. 6. Kemahiran berpakaian dan imej diri. Perhatikan cara pakaian orang yang lebih kanan dan dianggap berjaya. 7. Kemahiran mendisiplinkan diri dan orang yang di bawah tanggungjawab. 8. Kemahiran membaca dan bertindak mengikut ketua. 9. Kemahiran mencari sumber rujukan tugasan. 10. Kemahiran merancang tugasan dan kewangan. Kesemua kemahiran ini pada hemat penulis perlu dimiliki oleh setiap PTD agar mampu menjalankan tugas dengan baik. Kemahiran-kemahiran ini juga tidak semestinya dikuasai serta merta. Adalah lebih baik dikuasai secara beransur-ansur agar ia menjadi tabiat.

Saturday, November 16, 2013

Doa Nabi saw tentang TawakkaL


Doa Nabi saw tentang tawakkal : Dr Zahazan ajak belajar D Doa Rasulullah SAW berkaitan tawakkal Rasulullah SAW sendiri sentiasa bertawakkal kepada Allah SWT. Sebagai contohnya adalah bahwa baginda selalu mengucapkan doa-doa mengenai pergantungan diri baginda saw hanya kepada Allah SWT: عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِعِزَّتِكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَنْ تُضِلَّنِي أَنْتَ الْحَيُّ الَّذِي لاَ يَمُوتُ وَالْجِنُّ وَالإِنْسُ يَمُوتُونَ (رواه مسلم) Dari Ibnu Abbas ra, bahwa Rasulullah SAW sentiasa berdoa, ‘Ya Allah hanya kepadaMulah aku menyerahkan diri, hanya kepada-Mulah aku beriman, hanya kepada-Mulah aku bertawakal, hanya kepadaMulah aku bertaubat, hanya keranaMulah aku (melawan musuh-musuh-Mu). Ya Allah aku berlindung dengan kemuliaanMu di mana tiada tuhan selain Engkau janganlah Engkau menyesatkanku. Engkau Maha Hidup dan tidak pernah mati, sendangkan jin dan manusia mati. (HR. Muslim)

Wednesday, November 13, 2013

Petua Untuk Mengurangkan Anak-Anak Menonton TV


Petua Untuk Mengurangkan Anak-Anak Menonton TV 1. Jangan letak TV di ruang tamu, ini kerana apabila anda balik ke rumah, anda akan terus membuka TV dan ada kemungkinan TV tersebut akan berpasang tanpa sesiapa yang menontonnya. Seelok-eloknya disediakan satu bilik khas untuk menonton sahaja. 2. Jangan letak TV di dalam bilik tidur anak-anak. Ini akan memudahkan mereka untuk menonton TV tanpa pengawasan dari ibu bapa. 3. Hadkan masa menonton TV dan juga hadkan kepada rancangan tertentu sahaja. Misalannya dalam seminggu anak-anak dibenarkan menonton 4 hari seminggu. Dalam 4 hari tersebut cuma rancangan tertentu sahaja. Ini hendaklah dipraktikkan sejak anak-anak masih kecil lagi. 4. Ibu bapa mestilah berkorban untuk kebaikan anak-anak. Kurangkan masa menonton. Beri contoh yang baik kepada anak-anak. Anda perlulah memilihkan program yang hendak ditonton. Fikirkan kebaikan dan keburukan dan juga kesan-kesannya. Kesan bukan dalam jangka masa pendek sahaja tetapi juga dalam jangka masa panjang.

Tuesday, November 12, 2013

Petua Merawat Anak Demam Berlarutan


etua Merawat Anak Demam Berlarutan Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan ke seluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

Monday, November 11, 2013

Petua Untuk Ibu Luka Bersalin


Petua Untuk Ibu Luka Bersalin Pilihan 1: Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air tersebut untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan 2 atau 3 kali sehari hingga luka sembuh. Pilihan 2: Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
Pilihan 3: Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka. Pilihan 4: Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tersebut sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari. Pilihan 5: Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

Sunday, November 10, 2013

Petua & Do'a Untuk Orang Yang Mengalami Kesulitan


Do'a Untuk Orang Yang Mengalami Kesulitan اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً. Ya Allah. Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang susah Engkau jadikan mudah, jika Engkau menghendakinya.”

Saturday, November 09, 2013

Petua Untuk Mengatasi Gastrik


Petua Untuk Mengatasi Gastrik Cari ubi kayu yang masih segar (masih muda). Kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm. Makan ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Pada sebelah pagi sebelum ana makan ubi kayu tersebut, makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit. Amalkan setiap hari selama 3 minggu atau 1 bulan.

Friday, November 08, 2013

Khasiat Garam dalam Perubatan Islam


Khasiat Garam dalam Perubatan Islam 1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi). 2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga. 3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas. 4 .Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam. 5 .Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan minum sebelum memulakan perjalanan. 6 .Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal. 7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya. 8 .Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam. 9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah. 10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi. 11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

Thursday, November 07, 2013

Khasiat Daun Misai Kucing


Khasiat Daun Misai Kucing a. Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam. b. Untuk membantu merawat penyakit kulit, daunnya diramas dan ditampal pada bahagian kulit yang mengalami masalah. c. Air rebusan pokok ini digunakan untuk membantu merawat penyakit batu karang pada pundi kencing. d. Air rebusan daunnya bersama pokok dukung anak diminum untuk membantu merawat sakit buah pinggang. e. Air rebusan daunnya bersama pokok hempedu bumi diminum untuk membantu merawat kencing manis. f. Air rebusan daunnya bersama kulit betik diminum untuk merawat kebas-kebas sendi. g. Air rebusan daunnya bersama kayu manis dan sedikit gula batu diminum untuk mengubati batuk. h. Air rebusan daun misai kucing diminum untuk merawat darah tinggi dan untuk melawaskan buang air kecil. — with Ex Sojer and 2 others.

Wednesday, November 06, 2013

Pilihan Petua Untuk Menangani Kritikan Peribadi


Pilihan Petua Untuk Menangani Kritikan Peribadi Keupayaan kita untuk menerima kritikan, boleh membina diri kita ataupun menjatuhkan imej kita. Tiada sesiapa yang suka dikirtik; ia mengakibatkan kita mudah melenting atau melatah, samada secara positif mahupun secara negatif. Selalunya apabila seseorang mengkritik atau meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap sikap kita, secara spontan kita akan respon atau bertindak melalui satu daripada 4 pilihan: Pilihan 1: Kita biarkan sahaja orang itu mengkritik. Tiada apa-apa tindakan atau respon yang akan kita ambil. Masalah itu tidak akan ditangani dan kita buat ‘pekak’ sahaja. (Pilihan ini sebenarnya akan memburukkan lagi masalah kerana kita sengaja tidak mahu mendengar atau mengambil tindakan susulan.) Pilihan 2: Kita nafikan segala kritikan atau masalah yang telah dikemukakan atau disuarakan oleh si pengkritik. (Pilihan ini menafikan hak seseorang itu untuk bersuara, seolah-olah keluhan atau hak untuk bersuara tidak diberi penghargaan.) Pilihan 3: Kita beri alasan kenapa kita tidak respon atau bertindak seperti yang diharapkan. Pilihan 4: Kita ‘lawan balik’ kritikan yang dilemparkan terhadap diri kita. Ini seperti api lawan api. (Pilihan ini mudah kita lakukan tetapi ia pasti akan memburukkan keadaan dan merosakkan perhubungan. Dalam situasi begini, selalunya ego yang tidak terkawal memainkan peranan dan menguasai diri kit. Mungkin pada saat itu kita berasa puas hati tetapi akhirnya hati kecil kita akan menyesal dengan tindakan atau respon yang kita beri. Jarang sekali dalam situasi begini sesuatu masalah itu akan dapat dirumuskan atau dapat diselesaikan secara baik. Akhirnya, orang lain sukar akan menghormati kita kerana kita mudah melenting atau melatah.)

Monday, November 04, 2013

Petua Untuk Menghafal Ayat-Ayat Al-Quran


Petua Untuk Menghafal Ayat-Ayat Al-Quran a. Mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana sesungguhnya dosa-dosa tidak akan memberi ruang untuk ayat-ayat bertapak di hati manusia. Imam Al-Shafie di dalam satu petikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada gurunya akan dirinya yang agak sukar untuk menghafal dengan baik.Gurunya lalu menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa- dosanya. b. Mesti ada niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang akan diperoleh. Mohonlah bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa memudahkan kita menghafal ayat-ayat suciNya. c. Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari) untuk menghafal ayat-ayat al-Quran. Masa yang paling baik adalah pada waktu yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain. d. Gunakan naskah yang sama setiap kali kita menghafal. Ini membantu minda kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada helaian muka surat yang kita ingin hafal. e. Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita. Ramai yang menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu' terakhir (bermula dengan juzu' 30,juzu' 29 dan seterusnya). f. Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling anda gemari membacanya atau yang selalu anda dengar ataupun yang anda sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya. g. Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita menghafalnya.Semakin kita berumur, kita akan lebih sibuk dengan pelbagai urusan dan kemampuan untuk mengingat juga semakin berkurangan. Walaubagaimanapun, kita masih belum terlambat sebenarnya, Insya Allah. Walaupun kita tidak pernah menghafal ayat-ayat pada usia kecil atau pada masa usia remaja, namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita bersungguh-sungguh. h. Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam solat-solat sunat yang biasa kita lakukan. Selain itu, mintalah bantuan rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan ayat-ayat itu . i. Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik, apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di antara satu sama lain.

Sunday, November 03, 2013

TajDid


TajDid 1.1 Pengenalan Islam adalah sebuah agama yang suci dan sungguh ia adalah sebuah agama yang mendapat keredahan dari Allah SWT. Berikut terdapat beberapa ayat Al-quran yang menyebut tentang ‘Islam’, iaitu : ‘Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah Syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.’ (2:208) ‘Tidak ada paksaan dalam menganut agama (Islam), sesungguhnya telah jelas perbezaan antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. Barang siapa yang meninggalkan Taghut dan beriman kepada Allah, maka sungguh, dia telah berpegang teguh kepada tali yang sangat kuat dan tidak akan putus. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.’ (2:256) ‘Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam…’ (3:19) ‘..pada hari ini Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan Aku redha Islam sebagai agamamu..’ (5:3) Islam adalah agama yang telah diwahyukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sejarah juga telah melakarkan pelbagai peristiwa suka duka bagaimana Rasulullah SAW membawa Islam itu dengan begitu teratur sekali sehingga suatu ketika dahulu Islam telah berjaya menjadi agama yang sangat dihormati oleh seluruh dunia apabila berjaya menguasai sehingga 2/3 daripada dunia. Walau bagaimanapun selepas kewafatan Rasulullah SAW, Islam telah menghadapi pelbagai masalah sehinggalah pada masa kini, umat Islam masih terus-terusan mendapat tentangan daripada agama yang lain. Sepertimana firman Allah SWT ; ‘dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka…’ (2:120) Jahanamnya dunia dan manusia hari ini sudah begitu ketara, sama seperti hancur leburnya manusia dan dunia di zaman jahiliah, zaman sebelum kedatangan Rasulullah SAW. Penyembahan berhala, pemujaan akal fikiran, pemujaan pemimpin dan pengabdian diri pada nafsu dan syaitan bukan sahaja dalam kalangan orang-orang kafir tetapi oleh umat Islam itu sendiri. Syariat Islam langsung tidak dipedulikan lagi malah dipersendakan sebagai ketinggalan zaman, kolot, dan tidak bertamadun. Sehinggakan ada dalam kalangan umat Islam sendiri yang menjadi malu untuk mahu mengaku Islam. Pelbagai cara telah dilakukan dari serangan fizikal sehinggalah serangan mental. Namun Islam masih juga berdiri teguh di atas muka bumi ini. Jatuh bangunnya umat Islam dewasa ini mahupun pada zaman keterbelakang dahulu sebenarnya banyak disemarakkan oleh Kebangkitan Islam yang telah direalisasikan melalui gerakan-gerakan Islam yang telah dipelopori oleh tokoh-tokoh pejuang Islam yang terkenal. Justeru, hasil kerja ini akan mengupas secara terperinci berkenaan dengan pandangan para sarjana tentang ‘Gerakan Islam’ dan mengetahui secara menyeluruh tentang ciri-ciri yang terdapat di dalam sesebuah Gerakan Islam melalui beberapa contoh Gerakan Islam. 1.2 Konsep Kebangkitan Islam Menurut Dr. Yusuf al-Qarawi, beliau tidak dapat mengetahui secara jelas tentang dari mana sebenarnya asal perkataan Ash-Shahwah Al-Islamiyyah yang membawa maksud Kebangkitan Islam ini. Walau bagaimanapun sebagai pengenalannya kini akan disertakan definisi-definisi yang menyentuh secara langsung tentang konsep Kebangkitan Islam mengikut pandangan para Sarjana dunia Islam. Sebagai permulaannya, elok rasanya maksud Kebangkitan Islam itu kita lihat secara satu persatu melalui maksud yang terkandung di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga ; Kebangkitan bermaksud kebangunan, kesedaran yang membawa kemajuan. Manakala Islam pula bermaksud agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Oleh itu Kebangkitan Islam boleh diertikan sebagai satu kesedaran untuk membangunkan agama Islam yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW. Kebangkitan Islam dan Gerakan Islam dilihat sebagai satu, oleh itu apabila kita membicarakan tentang Kebangkitan Islam, kita juga secara tidak langsung berbicara mengenai Gerakan Islam. Menurut Muhammad bin Abdul Wahab (1703-1797) iaitu pelopor Gerakan Wahabiyyah, beliau berpendapat bahawa Kebangkitan Islam adalah bangun untuk menghadapi dan menumpaskan penyelewengan yang berlaku akibat ajaran tasawuf dan Tarekat . Beliau menambah lagi tentang konsep kebangkitan Islam dicetuskan apabila wujudnya kegiatan golongan Sufi yang menurut beliau bukan sahaja mengandungi unsur-unsur bida’ah bahkan apa yang lebih penting ianya mengandungi unsur-unsur syirik. Dalam hal ini, beliau amat memandang serius terhadap permasalahan yang berkaitan dengan keruntuhan akhlak umat Islam ketika itu yang terlalu jauh terpesong. Oleh itu tidak ada cara lain lagi selain mengerakan satu gerakan Islam untuk menyelamatkan akidah umat Islam ketika itu. Menurut Al-Syahid Hasan Al-Banna (1906-1948) yang merupakan pemimpin pertama Gerakan Islam Ikhwan al-Muslimin, beliau berpendapat bahawa sebuah pertubuhan yang dikatakan sebagai Gerakan Islam hendaklah mendukung ajaran Islam yang syumul. Sekiranya hanya bertujuan untuk satu-satu tujuan sahaja seperti dakwah semata-mata, ia bukanlah sebuah Gerakan Islam. Pada masa yang sama, fikrah kemasyarakatan harus juga diberi perhatian. Fikrah ini memperhatikan penyakit-penyakit masyarakat Islam, dan berusaha mencari jalan penyembuhan umat daripada penyakit tersebut. Beliau cuba menterjemahkan kosep Kebangkitan Islam atau Gerakan Islam secara menyeluruh bahawa sesuatu gerakan itu tidak seharusnya bergerak dalam satu-satu aspek sahaja tetapi sebaliknya haruslah bergerak mencakupi keseluruhan hidup dalam Islam, baharulah ia boleh dilihat sebagai kebangkitan Islam secara menyeluruh tanpa membelakangi asas Islam yang sebenar iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Seterusnya kita lihat pula pandangan dari Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengenai konsep gerakan Islam ini. Menurut beliau Gerakan Islam ialah satu gerakan yang membawa pengaruh yang amat besar terhadap kehidupan kaum muslimin yang akan membawa kepada pembaharuan(memperbaharui) rasa keyakinan dan percaya terhadap diri sendiri bahawa Islam mampu menjadi ‘Pengendali dunia’. Beliau cuba menjelaskan bahawa untuk mempastikan keberhasilan terhadap gerakan Islam maka umat Islam seharusnya menanamkan satu kepercayaan dalam diri bahawa hanya agama Islam sahajalah yang layak memimpin dunia ini dan tidak akan ada agama lain yang berhak ke atas pemerintahan dunia selain Islam. Keyakinan seumpama itu sebenarnya adalah kunci utama dalam usaha menegakkan semula agama Islam yang kelihatannya sudah berada jauh kebelakang. Menurut seorang Reformis iaitu Jamaluddin al-Afghani ( ) beliau menterjemahkan konsep kebangkitan Islam sebagai satu tindakan untuk mengembalikan semula kesucian dan martabat agama Islam sebagai agama yang tidak boleh dicampuradukan dengan nilai-nilai dan pemikiran penganutnya. Islam harus dinilai menurut prinsipnya sebagai petunjuk daripada Allah SWT, sedangkan ciptaan pemikiran manusia dan tradisinya tidak boleh dijadikan ukuran untuk menentang prinsip-prinsip Islam. Beliau cuba menjelaskan bahawa martabat dan kesucian Islam itu tidak seharusnya dipengaruhi oleh pemikiran kaum muslimin dalam apa juga hal kerana menurut beliau pemikiran manusia ini seringkali tersasar dan tidak mustahil akan melemahkan proses kebangkitan Islam itu nanti. Oleh itu, harus difahami bahawa Islam itu telah cukup sempurna dan tidak ada lagi yang harus dilakukan untuk menyempurnakannya melainkan mempertahankan kesuciannya dan gerakan Islam adalah platform yang terbaik. Kini kita melihat pula pandangan daripada seorang tokoh Islam yang terkenal di India dan merupakan pengasas Gerakan al-Jama’ah al-Islamiyyah iaitu Sayid Abul A’ala al-Maududi (1903-1979). Menurut pandangan beliau, Gerakan Tajdid ialah satu usaha untuk menghidupkan semula Islam dalam bentuknya yang murni, serta menyusun semula corak hidup dan masyarakat dengan nilai dan prinsip-prinsip Islam yang sebenar. Bagi beliau, terdapat beberapa aspek yang perlu dilihat secara kritis untuk merealisasikan program Gerakan Tajdid ini – salah satu daripadanya ialah melaksanakan Ijtihad iaitu perlunya menggunakan akal dan fikiran atau pandangan untuk menjawab persoalan dengan lebih mudah. Sungguhpun begitu pandangan al-Maududi ini mempunyai perbezaan dengan apa yang dikemukakan oleh Jamaluddin al-Afghani sebelum ini. Walau bagaimanapun perbezaan pendapat antara sarjana tentang konsep kebangkitan Islam ini tidak harus dilihat dari sudut yang negatif kerana tidak mustahil mereka mempunyai agenda yang tersendiri sebagai usaha untuk menegakkan semula agama Islam di atas muka bumi ini. Seterusnya kita melihat pula pandangan daripada Muhammad bin Abdul Qadir al-Mubarak (1914-..) yang merupakan seorang tokoh pemikir Islam terkenal yang berasal dari Arab Saudi. Berbeza dengan pandangan para sarjana yang sebelum ini, beliau cuba menjelaskan konsep Kebangkitan Islam dengan memberikan penjelasan tentang hakikat Islam yang sebenarnya. Baginya Islam adalah Islam, dan bukanlah Ilmu Kalam, Ilmu Fikah dan Tasawuf. Malah Islam harus merangkumi ketiga-tiganya. Islam seharusnya difahami sebagaimana Islam difahami pada zaman Rasulullah SAW dan pada sahabatnya. Islam adalah sebagai sistem hidup dan gambaran yang menyeluruh bagi setiap yang wujud serta suatu dasar keimanan dan sistem amali yang terpancar berdasarkan gambaran keimanan tersebut. Beliau bermaksud mahu menjelaskan bahawa kebangkitan Islam itu harus berpaksikan ajaran agama Islam yang sebenarnya. Dengan terangkumnya hakikat Islam dalam gerakan Islam tersebut maka tidak akan ada lagi keraguan dalam usaha menegakkannya semula di tengah-tengah manusia yang sedang terumbang-ambing akibat pengaruh luar. Pandangan daripada Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat juga amat menarik untuk dimuatkan bersama dalam mengupas tentang pandangan beliau dalam memahami konsep Gerakan Islam ini. Menurut beliau, Gerakan Islam adalah kesinambungan perjuangan Islam yang dicetuskan oleh Rasulullah SAW. Selepas kewafatan baginda, ia telah diteruskan oleh para sahabat, kemudian oleh para anbia dan seterusnya berkembang biak sehingga ke hari ini. Ia juga merupakan satu kewajiban yang tidak akan ada titik hentinya kerana setiap manusia yang mengaku beriman kepada Allah SWT wajib menunaikan amanah untuk menegakan Islam di muka bumi ini. Bukan sekadar dalam soal ibadah, sebaliknya usaha menegakkan Islam ini harus digembeleng dalam semua bidang termasuk muamalat, cara hidup, ekonomi, politik dan sebagainya. Pandangan beliau ini amat mudah difahami kerana menurut beliau, memelihara mempertahankan, dan memperjuangkan agama Islam sudah menjadi satu kewajiban yang perlu ditanamkan dalam diri setiap umat Islam demi menjalankan amanah dari Allah SWT secara menyeluruh iaitu memenuhi segala tuntutan hidup manusia. 1.3 Ciri-ciri Gerakan Islam Gerakan Islam mempunyai ciri-ciri yang penting dan sangat menarik untuk dibincangkan. Secara keseluruhannya terdapat tiga ciri utama yang boleh menggambarkan segenap barisan gerakan Islam tersebut iatu sesebuah Gerakan Islam itu haruslah dipimpin oleh seorang yang disebut sebagai Mujadid, gerakan tersebut haruslah berpaksikan dua sumber yang paling utama iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, dan harus juga memegang dua prinsip utama iaitu Amal Makruf Nahi Mungkar. Ciri-ciri yang akan dibincangkan ini nanti akan membawa anda semua mengenali secara dekat melalui beberapa contoh Gerakan Islam seperti Gerakan Wahabiyyah, Gerakan Ikhwan al-Muslimin, Gerakan Jamia’at al-Islamiyyah, Gerakan Muhammadiyyah, dan juga Gerakan HAMAS. 1.3.1 Dipimpin oleh Seorang Mujaddid Ciri utama yang harus dikenal pasti dalam sesebuah Gerakan Islam ialah setiap satunya semestinya mempunyai seorang pemimpin yang dikenali sebagai Mujaddid . Mujaddid merupakan perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud pembaharu atau orang yang membuat pembaharuan atau membawa pembaharuan (reformer). Mujaddid yang dimaksudkan ialah seorang pemimpin atau tokoh muslim yang bertaqwa yang lahir pada setiap awal kurun dan kepimpinannya mampu menghidupkan kembali semangat Islam dan membawa kepada pengaruh yang sangat besar kepada dunia. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Islam sentiasa menerima tekanan dan ditindas oleh musuh-musuhnya dan sejarah telah mencatatkan bahawa memang ada seseorang atau segolongan yang akan mempertahankannya. Tetapi amat mengharukan kerana ianya tidaklah sekuat mana, kerana serangan-serangan yang lebih kuat itu maka Islam dan umatnya menjadi lemah dan lebih lemah lagi pada penghujung setiap kurun. Oleh itu dengan Rahmat dan izin Allah SWT, setiap awal kurun maka akan lahir ke dunia seorang yang akan memimpin umat Islam, untuk menghidupkan Islam di tengah-tengah masyarakat. Kelahiran Mujaddid ini digambarkan melalui Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Abu Dawud yang bermaksud ; ‘Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini pada setiap hujung seratus tahun, seseorang yang akan memperbaharui agamanya (Islam)’ Kedatangannya bukanlah membawa agama baharu kerana apa yang dibawa olehnya ialah apa-apa yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, akan tetapi kerana waktu kedatangannya itu agama Allah sudah begitu asing pada masyarakat Islam sendiri, maka ramai yang menyangka bahawa ajarannya adalah ajaran yang baharu. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kedatangannya bertujuan untuk menerangkan kembali agama Islam yang ketika itu telah semakin asing, menghidupkan kembali sunnah Rasulullah SAW yang telah semakin dilupakan oleh umatnya sendiri, menguatkan jiwa taqwa yang yang hampir-hampir mati, menyuburkan kembali semangat beragama yang telah luntur, dan menghubungkan kembali rasa kasinh sayang dan persaudaraan yang hampir putus sesama Islam. Kini marilah sama-sama kita melihat apakah ciri-ciri seorang Mujaddid itu sehingga melayakkan beliau digelar Mujaddid. Para Mujaddid ini adalah golongan ulama’ yang terpilih dalam kalangan ulama-ulama yang begitu ramai pada zamannya. Kelebihan Mujaddid dari ulama-ulama yang lain pada zamannya bolehlah dikatakan seperti kelebihan Rasul dari para Nabi. Hal ini kerana Mujaddid berperanan sebagai benteng kebenaran, dan juga pedang serta perisai umat Islam di zaman itu. Oleh kerana itu Allah SWT telah mengurniakan beberapa kelebihan dan keutamaan kepada seorang Mujaddid jika dibandingkan dengan para ulama yang lain. Antara kelebihannya ialah mempunyai sifat berani yang luar biasa, paling menonjol sifat taqwanya, sangat zuhud terhadap dunia, mempunyai kepetahan bicara dan mempunyai ketajaman mata penanya serta mempunyai pandangan yang jauh, membawa hujah yang sukar untuk dipatahkan oleh pihak musuh, mempunyai pengikut yang agak ramai, dan kepimpinannya memberikan kesan kepada jiwa dan fikiran setiap masyarakat. Seterusnya kita akan menyorot secara ringkas latar belakang para Mujaddid yang telah berjaya membawa pembaharuan terhadap agama Islam bersama-sama gerakan Islam yang telah menjadi saksi perjuangannya. Dalam sejarah Islam, perjuangan untuk menegakkan kemurnian Islam telah dipelopori oleh Khalifah Umar Abdul Aziz (717-720 H). Menurut Abul a’la al-Maududi dan juga Abul Hasan al-Nadwi, Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan Mujaddid Islam yang pertama setelah umat Islam dipengaruhi oleh pemikiran dan cara hidup asing dan telah menyimpang daripada landasan Islam yang sebenarnya. Selepas Khalifah Umar Abdul Aziz, terdapat pula tokoh-tokoh empat Imam Mazhab khususnya Imam Ahmad Hanbal (780-855 H). demikian juga terdapat nama-nama seperti Abul Hassan al-Asyari (873-935 H) dan Abu Hamid al-Ghazali (1058-111 H). nama-nama yang disebutkan di atas ini merupakan tokoh-tokoh gerakan tajdid pada zaman kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abbassiyyah. Muhammad bin Abdul Wahab merupakan salah seorang reformis. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdul Wahab al-Musyrifi al-Tamimi al-Nejedi yang telah lahir pada tahun 1703 Masihi di kampung Ainah berdekatan dengan Riyad. Beliau telah mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri dalam ilmu fiqh Hanbali, tafsir dan Hadith. Istimewanya beliau ini ialah beliau telah berjaya menghafaz Al-Quran dalam usia yang sangat muda iaitu ketika berusia 10 tahun. Demi cintanya kepada ilmu agama maka beliau telah berhijrah ke seluruh tanah Iraq seperti berkunjung ke Baghdad, Basrah, dan Mausul yang mana disetiap bandar Iraq tersebut beliau bertemu dengan para Syikeh, Ulama dan mengambil ilmu daripada mereka. Muhammad bin Abdul Wahab ini adalah pengasas kepada Gerakan Wahabiyyah yang telah banyak membawa kepada perubahan dan mengembalikan Islam ke jalan yang sebenarnya semasa zamannya. Oleh itu selayaknya beliau ini digelar sebagai Mujaddid. Seterusnya Al-Syahid Hasan Al-Banna yang turut digelar sebagai seorang Mujaddid pada zamannya. Imam Hasan al-Banna adalah anak sulung dalam keluarganya. Beliau telah dilahirkan di Muhmudiyah iaitu salah satu wilayah Buhariah di Delta Nil pada 14 Oktober 1906 bersamaan dengan 25 Syaaban 1324 H. Beliau telah terdidik dalam suasana keluarga keislaman. Pada waktu pagi beliau pergi ke sekolah seperti kanak-kanak yang lain, pada sebelah petang pula beliau akan mengikuti ayahnya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna membuat dan membaiki jam. Kemudian pada waktu malamnya , beliau menggunakan waktu lapangnya untuk mengulang kaji pelajaran. Sementara itu pada waktu subuh beliau membaca serta mengulang-ulang hafazan Al-quran bagi memperkukuhkan lagi hafazannya. Dengan pembahagian masa yang sistematik ini maka tidak hairanlah setelah dewasa Hasan al-Banna telah berjaya menjadi seorang cendikiawan dan pejuang Islam yang terhebat pada zamannya. Imam Hasan al-Banna telah menjalani kehidupan yang penuh cabaran semenjak kecil sehinggalah beliau menemui ajal. Keseluruhan hidupnya ditumpukan kepada perjuangan Islam dan menjaga kebajikan orang-orang Islam. Tokoh Islam yang luar biasa ini telah syahid di tembak pada 12 Februari 1949 di Kaherah ketika berusia 43 tahun. Dalam usianya yang singkat itu, beliau telah berjaya melancarkan satu gerakan Islam yang benar-benar mempengaruhi seluruh dunia Islam yang mana gerakan tersebut telah berjaya menegakkan semula kebenaran dan kekuatan Islam. Berikut dipetik perbualan beliau bersama seorang wartawan yang terdapat dalam buku Al-Syahid Hasan Al-Banna : Pengasas Ikhwan Muslimin, Seorang wartawan bertanya kepada Imam Hasan al-Banna tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau menjawab seperti berikut : Aku ialah pengembara yang mencari kebenaran, Aku ialah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Aku ialah seorang warganegara yamg mengimpikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni. Aku hanyalah seorang yang memahami rahsia hidup. Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah SWT Tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-NYA. Inilah yang diperintahkan kepadaku dan Aku adalah salah seorang yang menyerahkan diri. Seterusnya kita akan berkenalan pula dengan seorang sarjana dan tokoh Islam yang terkenal dalam abad ke-20 M di India, beliau digelar Mujaddid iaitu tidak lain ialah Abul A’la al-Maududi. Abu al-A’la al-Maududi dilahirkan pada 25 September 1903 di Aurangabad, Hyderabad-Deccan, India. Beliau beketurunan Khwajah Qutbuddin Maududi Chishti. Beliau juga berketurunan Maudud yang dikatakan sebagai salah seorang perawi Hadis Rasulullah SAW yang datang ke India bersama-sama dengan Muhammad bin Qassim. Kewibawan al-Maududi sebagai ulama bertambah kukuh dan bersinar dengan penglibatannya secara aktif dalam politik dan pergerakan Islam. Keunggulan al-Maududi bukan sahaja kerana kemampuannya menghasilkan karya-karya yang ulung tetapi juga disebabkan keunggulan peribadi beliau yang benar-benar menepati ciri-ciri ulama islam dalam ertikata yang sebenarnya. Keistimewaan al-Maududi sebagai ulama mengatasi kebanyakan ulama sebelum, semasa dan selepasnya terletak pada kejayaannya yang bukan sahaja banyak mengeluarkan teori atau pemikiran tetapi juga beliau sendiri telah melaksanakan segala apa yang difikirkan olehnya itu dalam kehidupannya. Oleh itu tidak hairanlah jika sekiranya beliau mencapai kejayaan dalam membawa perubahan masyarakat khususnya dalam bidang politik dan pergerakan Islam. Berikut ingin diselitkan kata-kata agung al-Maududi ketika dipenjarakan dan hampir-hampir dijatuhkan hukuman bunuh kerana dikatakan telah mengecam negara dalam buku Beberapa Aspek Pemikiran Al-Maududi ; ‘ Jika Allah menghendaki, Aku menerima takdir ini dengan gembira sekali. Tetapi jika bukan dengan kehendak-NYA yang Aku akan mati sekarang, ketahuilah bahawa walau apa pun mereka lakukan, mereka tidak akan dapat memberikan sebarang kesan ke atasku.’ 1.3.2 Bersumberkan Al-Quran dan As-sunnah Rasulullah SAW. 3.1 Contoh-contoh Gerakan Islam Kini kita akan melihat dengan lebih terperinci tentang beberapa contoh Gerakan Islam yang telah berjaya merealisasikan kebangkitan Islam dalam tahun-tahun yang kebelakang tetapi sehingga kini telah berkembang dalam keadaan yang sangat luar biasa walaupun mungkin mendapat begitu banyak kesulitan dan tetangan daripada musuh-musuh Islam yang seringkali mencari-cari lubuk kelemahan Islam untuk menjatuhkan malah menghapuskan Islam dari dunia ini. Sungguhpun begitu, impian itu tidak akan sesekali menjadi kenyataan selagi mana Islam masih berada dalam Keredhaan Allah SWT. 3.1.1 Gerakan Wahabbi Gerakan Wahabbi telah diasaskan oleh Syikeh Muhammad bin Abdul Wahab (1703-1791M). sebelum bercerita panjang lebar tentang Gerakan Wahabbi ini, eloklah sekiranya kita mengetahui serba sedikit tentang latar belakang Syikeh Abdul Wahab yang telah menjadi pengasas Wahabiyah ini. Pada tahun 1730 M, bekiau mengikuti ayahnya yang bekerja sebagai Hakim di Harimala. Di Harimala-lah buat pertama kali beliau menjalankan dakwahnya secara terang-terangan namun terpaksa meninggalkan tempat tersebut apabila penduduk di situ tidak mahu menerima dakwahnya. Tentangan daripada penduduk Harimala sedikitpun tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan dakwahnya. Maka beliau kembali ke kampung halamannya di Ainah dan memaparkan dakwahnya kepada Amir Uthman bin Muammar. Hubungan baik antara keduanya telah berjaya terjalin. Bersamanya, Muhammad Abdul Wahab telah menghancurkan kubur, kubah-kubah dan membantunya merejam penzina wanita yang datang kepadanya dan mengakui perbuatannya. Walau bagaimanapun keakraban antara Amir Uthman dengan Abdul Wahab ini telah sedaya-upaya ditegah oleh Amir Ahsa (meminta supaya Abdul Wahab menghentikan dakwahnya). Sungguhpun begitu Abdul Wahab tidak sesekali berputus asa lalu beliau telah menuju pula ke Dariyah. Di sana beliau telah bertemu dengan Amir Muhammad bin Saud yang merupakan seorang raja. Kedatangan Abdul Wahab disambut baik oleh beliau dan telah berjanji untuk menyokong dan melindungi beliau sepanjang keberadaan beliau di sana. Gerakan Wahabbi ini merupakan perintis gerakan pembaharuan yang lahir di zaman keterbelakangan yang mana pemikiran di dunia Islam ketika itu sedang mengalami kebekuan, dan gerakan ini mahu mengajak seluruh umat Islam supaya kembali kepada ideologi Islam yang sebenar dan kembali kepada sumber rujukannya yang asli dan membersihkan pemahaman tauhid yang telah bercampur dengan jenis-jenis kesyirikan. Gerakan ini dilihat begitu aktif membenteras bida’ah dan khurafat yang ketika itu sedang berleluasa disebabkan kejahilan seperti menziarah kubur atau makam para sahabat dan meminta-minta supaya hajat mereka dipenuhi. Amalan bida’ah seumpama ini amat ditegah keras oleh Abdul Wahab. Sama juga dalam hal menentang penyelewengan tarekat-tarekat sufi yang memasukan anasir-anasir luar ke dalam agama yang tidak ditemui sebelum ini. Menurut Abdul Wahab, antara amalan-amalan golongan sufi yang berunsurkan syirik ialah seperti tawasul dan Wasilah, iaitu mencari keampunan Tuhan dan berkat dengan mengunjungi kuburan para wali dan keramat. Akidah Gerakan Wahabiyah ini telah tersebar melalui kerajaan Arab Saudi di negara Nejad sebelum masuk ke Riyad pada tahun 1901. Seterusnya telah berkembang dengan sangat pesat sehingga tersebar di tanah suci Mekkah dan Madinah. Keberhasilan dakwah ini tersebar keluar daripada tanah Arab telah dimungkinkan oleh para jemaah Haji yang datang ke Mekkah Gerakan Wahabbi ini kemudiannya telah banyak mempengaruhi tokoh-tokoh gerakan pembaharuan di dunia Islam setelah itu seperti Al-Mahdiyah, Sanusiyah, Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh di Mesir dan tokoh-tokoh gerakan lain di benua India. 3.1.2 Gerakan Muhammadiyah

Thursday, October 31, 2013

Petua Untuk Pelajar SPM Mengingati Fakta


Petua Untuk Pelajar SPM Mengingati Fakta 1. Petua mengingati fakta-fakta yang sukar ialah samaada dengan membentuk akronim bagi pangkal huruf fakta ataupun mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang mempunyai kaitan dalam hidup anda. 2. Membentuk rajah dan diagram mudah terutamanya bagi mengingati fakta-fakta yang memerlukan urutan. 3. Berlakun seperti guru. Anda boleh mencuba petua ini iaitu dengan cara menjelaskan sesuatu konsep secara verbal dan bukan bergantung kepada bahan atau buku-buku ulang kaji. Dengan berbuat begini, anda boleh membayangkan sesuatu konsep secara lebih jelas. 4. Lakukan lebih banyak latihan daripada bank-bank soalan. Anda juga boleh melihat kembali soalan-soalan kuiz yang pernah dikemukakan oleh guru-guru anda di dalam kelas. Anda perlu ingat, ada juga antara guru anda adalah penggubal soalan-soalan peperiksaan. Beliau kemungkinan memberikan soalan-soalan kuiz yang menyerupai soalan-soalan peperiksaan akhir. 5. Mengulangkaji secara berkumpulan memang baik antara langkah terbaik untuk anda menguasai dan memahami sesuatu subjek. Tetapi, anda perlu pastikan kumpulan belajar anda tidak terlalu ramai kerana jika terlalu ramai, anda akan hilang tumpuan. Ada kalanya anda lebih banyak berbual-bual kosong daripada belajar. Gunakan rakan-rakan dalam kumpulan belajar ini untuk bertukar-tukar koleksi kertas-kertas soalan. 6. Anda perlu membuat ulang kaji setiap hari. Bila waktunya, bergantung kepada kesesuaian anda. Bagaimanapun, semasa ulang kaji ini, seboleh-bolehnya, elakkan daripada gangguan sampingan seperti televisyen, facebook, twitter dan lain-lain. Ia akan menganggu tumpuan anda.

Wednesday, October 30, 2013

Petua Untuk LELAKI


Koleksi Petua Untuk LELAKI 1. RAMBUT JARANG - Ambil telur udang dan gosokkan pada kulit kepala anda. Keesokkan harinya baru dibasuh. Lakukan selalu, hasilnya pasti rambut anda bertambah lebat. 2. MENGHILANGKAN PARUT - Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan). Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. 3. MENGHILANGKAN PANAU - Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit berpanau. 4. BIBIR PECAH - Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa. Kemudian diminum beberapa kali.
5. MENGHILANGKAN KEMBUNG PERUT - Ambil 3 helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. Kemudian layurkan ke atas api selama 2 minit. Setelah itu, daun yang masih panas ditekapkan kepada perut. 6. HILANGKAN BAU KAKI - Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 dan gosokkan pada kaki. Lakukan setiap petang selepas menanggalkan kasut. 7. MENGURANGKAN TIDUR BERDENGKUR - Tumbuk lumat-lumat 7 biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur. 8. MASALAH GUGUR RAMBUT - Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan, lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga keluar air hijau. Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya tersebut.Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.

Tuesday, October 29, 2013

Firasat Tentang Alat Kelamin Lelaki


Firasat Tentang Alat Kelamin Lelaki Menurut Orang Tua-Tua Dahulu 1. Kalau Panjang: Anda memang suka menunjuk-nunjuk. Anda mudah belajar cara baharu dan seronok mencuba sesuatu yang baharu. Juga anda suka mencipta cara baharu. 2. Kalau Pendek: Anda kurang yakin pada diri anda sendiri pada mulanya, tetapi sekali anda memulakannya, anda berupaya melakukannya. Anda seorang yang mempunyai impian yang tinggi dan romantik. Anda boleh mengejutkan semua orang apabila anda hilang sabar. Anda juga suka mengikut adat. 3. Kalau Tebal: Anda mempunyai daya khayalan yang tinggi dan mempunyai keazaman dan kekuatan yang mengkagumkan. Jika lagi tebal di dasar kelamin, anda mengutamakan kebebasan. 4. Kalau Nipis: Anda seorang yang sensitif dan boleh mengeluarkan perasaan anda dengan senang. Kehalusan dan mutu, sesuatu yang penting bagi anda. 5. Kalau Bersimpul: Anda suka membuat sesuatu dengan cara berfikir terlebih dahulu dan sering berwaspada. Anda memikirkan sesuatu dengan lojik akal. 6. Kalau Satu atau Dua Simpul Besar: Anda seorang kekasih yang sering membuat pasangan anda berada dalam kepayahan. 7. Kalau Hujung Runcing: Anda seorang yang idealistik dan artistik di dalam perhubungan. Agak sukar untuk anda bersenang-lenang dan melepaskan kebebasan anda. 8. Kalau Panjang dan Kurus: Anda suka mementingkan diri sendiri. 9. Kalau Tumpul atau Segi Empat: Anda kekasih yang suka menunjukkan rasa cinta dengan perbuatan, bukan perkataan. 10. kalau Lebar atau Berbentuk Bawang: Kehendak seksual anda begitu kuat, cergas, luarbiasa dan bersifat menawan. 11. Kalau Melengkung ke Kanan: Dalam hal seks dan cinta, anda seorang pemberi. Anda suka bercerita tentang seks diri anda sendiri, begitu juga halnya dengan orang lain yang anda mahu mereka bercerita tentang hal seks mereka juga. 12. Kalau Melengkung ke Kiri: Anda seorang pembawa, bukan seorang pemberi. Anda lebih suka menyimpan cerita seks anda secara rahsia. 13. Kalau Bengkok Tepat: Anda tajam akal tetapi seorang yang gatal. Anda menipu, jika begitu anda dapat apa yang anda mahu. 14. Kalau Panjang Yang Melengkung Bengkuk: Anda seorang yang tidak boleh dipercayai dalam hal berkenaan nafsu dan cinta. 15. Kalau Pendek Yang Melengkung Bengkuk: Anda kerap kali cemas dengan kemampuan seks anda. 16. Kalau Bengkuk di Pangkal: Anda merasakan orang lain mempunyai kehidupan yang lebih baik dari anda. Namun anda berusaha untuk berjaya dalam hidup. واللهأعلمبالصواب

Monday, October 28, 2013

Petua Mengatasi Sakit Pinggang


Petua Mengatasi Sakit Pinggang Penyebab Sakit Pinggang 1. Adanya gangguan mekanikal pada struktur fungsi tulang belakang 2. Gerak atau sikap badan yang salah ketika membongkok dan mengangkat beban atau barang 3. Pemakaian sepatu dengan tumit tinggi, kerana dalam keadaan normal tulang belakang di bahagian pinggang mempunyai lengkungan ke depan. Apabila lengkungan ke depan tersebut berlebihan, akan menimbulkan gejala sakit pinggang 4. Tidur dengan alas/dasar yang terlalu lentur sehingga membuat tulang belakang mengikuti lenturan alas yang ditiduri 5. Kurang berolahraga sehingga menyebabkan kelenturan sendi-sendi dan jaringan ikut menurun, sehingga otot mudah cedera kerana gerakan yang saderhana, seperti: mengangkat, mendorong, atau membongkok. Sakit pinggang juga boleh berlaku disebabkan pengaruh sesuatu penyakit, seperti gangguan ginjal, penyakit jantung, kanser, penyakit tulang, atau gangguan metabolik. Untuk mengurangkan rasa nyeri dan untuk mencegah akibat yang lebih parah dari sakit pinggang, anda disarankan melakukan gerak tubuh. Perhatikan sikap tubuh agar terhindar dari keadaan tubuh yang bongkok atau lakukan aktiviti berbaring datar. Pilihan 1: a. Anda perlu meminum air halia bercampur sedikit gula yang telah direbus. Mula-mula, ambil sepotong halia sebesar ibu jari. b. Tumbuk halus halia, campurkan dengan 2 gelas air dan sedikit gula. Kemudiannya, rebuslah campuran tadi sampai mendidih. c. Setelah mendidih, biarkan ia sejuk dulu. Lepas itu barulah anda meminumnya 2 kali sehari. Amalkan selama 2 hari berturut-turut mudah-mudahan ianya berhasil. Pilihan 2: Sediakan kuning telur. Telan mentah-mentah. Amalkan selama 3 hari berturut-turut. Jika tiada aral, anda akan merasai kelegaannya. Sakit pinggang akan berkurangan dan sembuh.

Sunday, October 27, 2013

Petua Menjaga Badan


Petua Menjaga Badan Di zaman moden ini banyak jenis makanan yang boleh membawa kemudaratan jika dimakan berlebihan. Makanan yang diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah anda prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yang ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yang tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada andaa, sewajarnya anda mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka yang sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yang disarankan di bawah adalah petua yang mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting, keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yang keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat. A. Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baharu iaitu: 1. Apa yang anda ambil untuk sarapan di waktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan di tengah hari dibawa dan dimakan di waktu pagi. 2. Pada waktu tengah hari, jangan makan makanan yang mengenyangkan. Cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung. 3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam. 4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa-apa sebelumnya. Jika perlu juga, cukup sekadar segelas susu atau buah-buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat). B. Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis). Anda mesti berpuasa dengan niat di waktu malam yang anda hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika anda berpuasa, elok kalau anda melakukan senaman. C. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Anda akan lihat kesannya selepas 7 hingga 14 hari mengamalkannya.

Saturday, October 26, 2013

Mufti Brunei jawab golongan pertikai perlaksanaan Jenayah Syar'iah di Brunei.


Mufti Brunei jawab golongan pertikai perlaksanaan Jenayah Syar'iah di Brunei. BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned menempelak mereka yang mempertikaikan Undang-Undang Jenayah Syar’iah dilaksanakan di negara ini dengan alasan akan menyebabkan pelancong tidak mahu datang ke Brunei kerana takut tangan mereka dipotong. Menerusi Ceramah Perdana, Majlis Ilmu 2013 pagi ini, Yang Berhormat Pehin menjawab dengan menekankan bahawa jika tujuan para pelancong itu datang ke Brunei bukan untuk mencuri, mereka tidak perlu takut bahkan merasa selamat kerana akan mendapat perlindungan yang sempurna di bawah Undang-Undang Jenayah Syar’iah sehingga kehormatan, wang ringgit dan nyawa mereka Insya Allah terjamin selamat. Jaminan keselamatan di atas bukan retorik, tegasnya sambil menghuraikan bukti sebagaimana berlaku di Tanah Hijaz Semenanjung Arab pada zaman silam, yang sebelum hukuman jenayah syar’iah dilaksanakan adalah penuh dengan jenayah curi, rompak dan bunuh. Akan tetapi sejak hukuman berkenaan dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi, jenayah-jenayah itu hapus, menyebabkan manusia aman dan bebas daripada pencuri dan perompak, tambah Yang Berhormat Pehin. “Nah! Sekarang, siapa kata orang takut ke Mekah? Siapa kata pelancong-pelancong takut? Tidak! Jemaah haji saja, pada setiap tahun, berduyun-duyun membanjiri Kota Mekah sehingga dua ke tiga juta jumlahnya, dan malah sehingga memaksa Kerajaan Arab Saudi mengehadkan pemberian kuota untuk mengawal kebanjiran berkenaan. “Siapakah yang mahu menyangkal ini? Tahukah tuan, tahukah saudara, bahawa inilah namanya berkat, tandanya ada berkat di situ,” ujarnya sambil menambah kata bahawa Undang-Undang Allah bukan kosong tetapi penuh dengan berkat dan penuh dengan hikmah. Dari itu janganlah takut kepada Undang-Undang Allah kerana Allah itu sama sekali tidak pernah salah macam kita salah, sama sekali tidak pernah lupa seperti kita lupa, sama sekali tidak pernah keliru seperti kita keliru, serunya. “Oleh itu, janganlah Undang-Undang Allah diragui. Siapa kita untuk meragui Undang-Undang Allah? Ya, Allah sendiri yang menggubalnya untuk kita, sepatutnya kita wajib bersyukur dan berterima kasih,” nasihat Yang Berhormat Pehin Mufti Kerajaan. Yang membuat kita Kuat adalah Doa. Yang membuat kita Dewasa adalah Masalah. Yang membuat kita Maju adalah Usaha Keras. Yang membuat kita Hancur adalah Putus Asa. Yang membuat kita Semangat adalah Harapan dan Impian. Yang membuat kita menjadi yang Terbaik adalah mengakrabkan diri dgn keheningan jiwa dan memperbanyak Sujud dan mengingati Allah Azza Wa Jalla. Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan. Mufti Brunei jawab golongan pertikai perlaksanaan Jenayah Syar'iah di Brunei. BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned menempelak mereka yang mempertikaikan Undang-Undang Jenayah Syar’iah dilaksanakan di negara ini dengan alasan akan menyebabkan pelancong tidak mahu datang ke Brunei kerana takut tangan mereka dipotong. Menerusi Ceramah Perdana, Majlis Ilmu 2013 pagi ini, Yang Berhormat Pehin menjawab dengan menekankan bahawa jika tujuan para pelancong itu datang ke Brunei bukan untuk mencuri, mereka tidak perlu takut bahkan merasa selamat kerana akan mendapat perlindungan yang sempurna di bawah Undang-Undang Jenayah Syar’iah sehingga kehormatan, wang ringgit dan nyawa mereka Insya Allah terjamin selamat. Jaminan keselamatan di atas bukan retorik, tegasnya sambil menghuraikan bukti sebagaimana berlaku di Tanah Hijaz Semenanjung Arab pada zaman silam, yang sebelum hukuman jenayah syar’iah dilaksanakan adalah penuh dengan jenayah curi, rompak dan bunuh. Akan tetapi sejak hukuman berkenaan dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi, jenayah-jenayah itu hapus, menyebabkan manusia aman dan bebas daripada pencuri dan perompak, tambah Yang Berhormat Pehin. “Nah! Sekarang, siapa kata orang takut ke Mekah? Siapa kata pelancong-pelancong takut? Tidak! Jemaah haji saja, pada setiap tahun, berduyun-duyun membanjiri Kota Mekah sehingga dua ke tiga juta jumlahnya, dan malah sehingga memaksa Kerajaan Arab Saudi mengehadkan pemberian kuota untuk mengawal kebanjiran berkenaan. “Siapakah yang mahu menyangkal ini? Tahukah tuan, tahukah saudara, bahawa inilah namanya berkat, tandanya ada berkat di situ,” ujarnya sambil menambah kata bahawa Undang-Undang Allah bukan kosong tetapi penuh dengan berkat dan penuh dengan hikmah. Dari itu janganlah takut kepada Undang-Undang Allah kerana Allah itu sama sekali tidak pernah salah macam kita salah, sama sekali tidak pernah lupa seperti kita lupa, sama sekali tidak pernah keliru seperti kita keliru, serunya. “Oleh itu, janganlah Undang-Undang Allah diragui. Siapa kita untuk meragui Undang-Undang Allah? Ya, Allah sendiri yang menggubalnya untuk kita, sepatutnya kita wajib bersyukur dan berterima kasih,” nasihat Yang Berhormat Pehin Mufti Kerajaan. Yang membuat kita Kuat adalah Doa. Yang membuat kita Dewasa adalah Masalah. Yang membuat kita Maju adalah Usaha Keras. Yang membuat kita Hancur adalah Putus Asa. Yang membuat kita Semangat adalah Harapan dan Impian. Yang membuat kita menjadi yang Terbaik adalah mengakrabkan diri dgn keheningan jiwa dan memperbanyak Sujud dan mengingati Allah Azza Wa Jalla. Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.

Blog Archive