Thursday, January 10, 2013

BIODATA TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

BIODATA TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT Tahun Lahir 1931 Tempat Lahir Pulau Melaka, Kelantan Status: Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil jurusan agama sebagai pilihan utama. Pendidikan: Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) – 1936. Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian. Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu. Universiti Deobond, India – 1952. Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957. Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab. Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam. Penguasaan Bahasa: Melayu, Inggeris,Tamil, Urdu,Arab Pekerjaan: Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor. Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka. Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS. Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu. Politik: 1967 – Daftar sebagai ahli PAS. 1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir. 1969-1974 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir. 1974-1978 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa). 1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. 1982-1986 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. 1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan. 1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan.