Tuesday, January 08, 2013

Universiti Islam Toledo.

Suatu masa dulu di Toledo, ada Universiti Islam yang masyhur di zaman pemerintahan Islam Andalus. Sarjana barat mengakui bahawa universiti tertua mereka Universiti Oxford dan Universiti Cambridge mengambil acuan dari Universiti Islam Toledo.
*Islam pertama kali masuk ke Sepanyol pada tahun 711 M melalui jalur Afrika Utara. Sepanyol sebelum kedatangan Islam dikenal dengan nama Iberia/ Asbania, kemudian disebut Andalusia. Dalam proses penaklukan Sepanyol terdapat tiga pahlawan Islam yang dapat dikatakan paling berjasa memimpin satuan-satuan pasukan ke sana. Mereka adalah Tharif ibn Malik, Thariq ibn Ziyad, dan Musa ibn Nushair.