Monday, June 17, 2013

Petua Untuk Menentukan Hala Tuju Cinta Anda


Petua Untuk Menentukan Hala Tuju Cinta Anda a. Cinta, seperti mengejar sebuah kejayaan, memerlukan anda untuk menentukan ‘mindset’ anda. Mindset ini adalah matlamat, azam, target, cita-cita dan target anda. Tanya diri anda sendiri: “Apa matlamat aku bercinta?” Inilah cara untuk menentukan hala tuju cinta Anda sama ada jadi bahagia, duka, cinta sekadar bertukar-tukar pasangan untuk mencari keserasian atau menjadi cinta yang dimeterai dengan ikatan pernikahan. Dalam usia remaja, anda bercinta sebab anda mahu menikmati bagaimana manisnya merasai cinta. Anda jadi suka apabila anda memiliki seorang kekasih. Dialah yang anda rindui, dialah yang anda sukai. Apabila anda menginjak alam pengajian tinggi, cinta lebih kepada daya rangsangan motivasi. Anda bercinta sebab anda mahu jadikan si dia sebagai rangsangan motivasi anda. Anda jadi bersemangat belajar sebab teringatkan si dia. Anda mahu bila tamat belajar nanti, anda akan kahwin dengannya. b. Dalam fasa bekerja, anda bercinta lebih kepada keinginan untuk merasai kehadiran seseorang dalam hidup, sebagai penghilang rasa sunyi. Cinta orang bekerja lebih kepada keinginan untuk hidup bersama-sama, untuk saling mengambil berat, untuk saling bekerjasama dalam apa jua perkara. c. Anda mesti kenal pasti untuk apa anda bercinta sekarang ini. Tahukah anda apa matlamat anda bercinta? Adakah untuk ke jinjang pelamin? Adakah untuk mencari orang yang sesuai dengan anda sebelum bernikah? Mindset anda menentukan kebahagiaan anda. Sama juga dalam usaha mengejar kebahagiaaan, mindset anda menentukan keberhasilan usaha anda. Selidiki hati anda. Kaji apa tujuan anda bercinta. Jika jawapannya muncul tiba-tiba, itu petanda anda tahu apa tujuan bercinta. Jika anda masih termanggu-manggu tidak tahu apa tujuan anda bercinta, itu petanda bahawa anda belum meletak matlamat cinta. Adakah untuk bernikah atau sekadar suka-suka sahaja?