Sunday, July 14, 2013

Petua Penjagaan Kaki Untuk Pesakit Diabetes


Petua Penjagaan Kaki Untuk Pesakit Diabetes 1. Basuh kaki setiap hari. 2. Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki. 3. Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit. 4. Potong kuku jari kaki secara lurus. 5. Tukar stokin anda setiap hari. 6. Jangan berjalan tanpa kasut. Kalau dalam rumah gunakan selipar nipis dan lembut untuk mengelakkan kecederaan pada kaki anda. 7. Selalu memeriksa bahagian dalam kasut sebelum memakai kasut untuk memastikan tiada objek di dalam kasut. 8. Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai diguna luar rumah. 9. Pastikan anda merawat luka dan calar dengan segera. 10. Pastikan anda berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 atau 3 hari.