Friday, July 19, 2013

Pintu Sempadan Dibuka


[Ismail Haniyeh Menuntut Agar Pintu Sempadan Dibuka Untuk Menghentikan Penyiksaan Terhadap Rakyat Palestin] Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin hari ini mengatakan bahawa keputusan yang diambil oleh pihak Mesir untuk menutup terowong-terowong sempadan yang menghubungkan Gaza dan Sinai perlu diganti dengan alternatif lain seperti pembukaan pintu sempadan atau sebagainya. Tambah beliau dalam temubual bersama Siaran Rusia Hari Ini, “Sesungguhnya kami telah menghubungi rakan-rakan di Mesir dan pihak Mesir telah pun bersetuju untuk tidak mendatangkan apa- apa kemudharatan terhadap Gaza serta tidak mengganggu kelangsungan bekalan-bekalan barangan asasi untuk sampai ke rakyat Palestin". Beliau menjelaskan bahawa perbincangan telah pun dijalankan dengan pihak Mesir dan beliau faham akan krisis dalaman yang berlaku di Mesir baru-baru ini sedikit sebanyak menggugat keselamatan negara Mesir yang menyebabkan pengawalan keluar masuk diperketatkan. Namun dalam masa yang sama beliau berharap agar pihak Mesir dapat faham akan keperluan semasa rakyat Palestin. Beliau menegaskan kembali, bahawa rakyat Palestin terpaksa bergantung kepada terowong-terowong ini kerana wujudnya sekatan udara, daratan, dan lautan yang dikenakan ke atas Gaza. Oleh yang demikian, terowong-terowong inilah yang menjadi nadi bagi rakyat Palestin di Gaza untuk meneruskan kehidupan. Katanya lagi,”Jika pun ia harus ditutup, maka pihak Mesir perlulah menyediakan beberapa alternatif lain seperti pembukaan pintu sempadan Rafah untuk kemasukan barang-barang perniagaan dan lalu lintas”. Sumber : Rassd #mesirkini