Thursday, October 31, 2013

Petua Untuk Pelajar SPM Mengingati Fakta


Petua Untuk Pelajar SPM Mengingati Fakta 1. Petua mengingati fakta-fakta yang sukar ialah samaada dengan membentuk akronim bagi pangkal huruf fakta ataupun mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang mempunyai kaitan dalam hidup anda. 2. Membentuk rajah dan diagram mudah terutamanya bagi mengingati fakta-fakta yang memerlukan urutan. 3. Berlakun seperti guru. Anda boleh mencuba petua ini iaitu dengan cara menjelaskan sesuatu konsep secara verbal dan bukan bergantung kepada bahan atau buku-buku ulang kaji. Dengan berbuat begini, anda boleh membayangkan sesuatu konsep secara lebih jelas. 4. Lakukan lebih banyak latihan daripada bank-bank soalan. Anda juga boleh melihat kembali soalan-soalan kuiz yang pernah dikemukakan oleh guru-guru anda di dalam kelas. Anda perlu ingat, ada juga antara guru anda adalah penggubal soalan-soalan peperiksaan. Beliau kemungkinan memberikan soalan-soalan kuiz yang menyerupai soalan-soalan peperiksaan akhir. 5. Mengulangkaji secara berkumpulan memang baik antara langkah terbaik untuk anda menguasai dan memahami sesuatu subjek. Tetapi, anda perlu pastikan kumpulan belajar anda tidak terlalu ramai kerana jika terlalu ramai, anda akan hilang tumpuan. Ada kalanya anda lebih banyak berbual-bual kosong daripada belajar. Gunakan rakan-rakan dalam kumpulan belajar ini untuk bertukar-tukar koleksi kertas-kertas soalan. 6. Anda perlu membuat ulang kaji setiap hari. Bila waktunya, bergantung kepada kesesuaian anda. Bagaimanapun, semasa ulang kaji ini, seboleh-bolehnya, elakkan daripada gangguan sampingan seperti televisyen, facebook, twitter dan lain-lain. Ia akan menganggu tumpuan anda.