Thursday, February 05, 2015

sabar


1. Sabar terhadap kesusahan dan bencana yang diturunkan kepada manusia juga di kalangan para nabi. Di dalam Al-Quran, sabar dalam bentuk ini termasuklah sabar kepada kefakiran, kelaparan, kesakitan, ketakutan, kehilangan jiwa atau kehilangan harta benda. 2. sabar terhadap keinginan nafsu yang diuruskan oleh syaitan. Antaranya, sabar atas tarikan dan tututan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menuntut perasaan marah. 3. Sabar terhadap kemewahan. Ia bermaksud sabarlah sekiranya orang lain mengecapi kemewahan sedangkan diri kita tidak kaya. 4. Sabar terhadap ketaatan kepada Allah S.W.T yang sememangnya terlalu banyak halangan untuk dilaksanakan. Manusia perlu sabar untuk berlaku taat kepada Tuhan kerana nafsu itu tabiatnya liar selain syaitan suka menggerakkan jenteranya untuk membuatkan manusia lupa dan malas untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. 5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah S.W.T. berdakwah ke jalan Allah S.W.T adalah satu tindakan yang suci dan murni. Berdakwah ke jalan Allah S.W.T pastinya akan mendapat tentangan dari pihak-pihak tertentu kerana cuba menyampaikan perkara yang benar kepada manusia. Bahkan, Nabi Muhammad dahulu juga terpaksa bersabar apabila kaumnya sendiri menolak ajaran Islam yang cuba disampaika oleh dirinya. Justeru itu, menetapkan rasa sabar dalam diri adalah perkara yang sukar untuk dilakukan jika kita tidak istiqamah dalam beribadah ke jalan Allah S.W.T. maka, setiap manusia itu perlu untuk belajar bersabar demi mendapatkan keredhaan dan ketakwaan dari Allah S.W.T. Wallahua’lam.