Tuesday, August 15, 2017

3 perkara HebaT dengan syarat IKHLas

Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata:
_"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."_
Tak lama kemudian dtg seorg pemuda yg muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tgn memegang sandal. Penampilan sgt sederhana. Tiada apa yg istimewa.
Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lg Rasulullah saw kata:
_"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."_
Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama.
Salah seorang sahabat yg ada di situ ialah *Muaz bin Jabal ra.* Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yg dikatakan ahli syurga.
Lalu dia mencari jalan utk tidur di rumah lelaki itu dgn memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya.
Malam itu ketika Muaz bangun *bertahajjud*, pemuda itu masih *nyenyak tidur* hingga ke Subuh.
Pabila subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka *membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut* merangkak membaca. Tidak lancar seperti Muaz.
Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz *bersolat sunat Dhuha*. Tapi lelaki itu tidak.
Selain itu pada hari yg sama Muaz *berpuasa sunat*, tapi lelaki itu tidak.
Muaz pun menceritakan perihal Rasulullah saw telah katakan pada lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalannya hingga Rasulullah mengatakan dia ahli syurga.. lalu pemuda itu berkata:
_"Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lg solat dhuha. Apatah lg berpuasa sunat."_
_"Tapi…"_
_"Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yg baru ku pelajari:"_
1. *Aku sgt cuba tidak sakitkan hati sesiapa.* Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yg tak kukenal.
_"Muaz berkata, subahanallah."_
_"Lagi...?"_
2. *Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa.* Dan aku akan maafkan semua org yg membuat salah kepadaku.
_"Muaz berkata, subahanallah. Lagi...?"_
3. *Aku cuba jaga tali silaturrahim.* Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yg mampu aku lakukan.
_*Subhanallah...*_
Sahabat2 sekalian.
*Jika kita rasa kita hebat dgn imej kita, kita silap.* *Jika kita rasa kita hebat dgn amalan kita pun silap.*
*Kalau kita rasa kita tak perlu beramal, lagilah jauh silapnya.*
Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah *tapi apa yg keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara, hati orang, apatah lg hati ibu bapa.*
Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, berpakaian ikut sunnah tp *selalu marah maki hamun org dan penuh dendam kesumat dlm dada.* Apatah maafkan orang.... jauh sekali.
Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta penuh sticker Islamik tapi *sering bergaduh, kawan selalu salah kita saja yg betul, sedara mara mula menjauhi kita, kita tak kesah..* apatah lg nak melawat dan berkunjung usah diharap....
Tazkirah ... (Utk diri sendiri πŸ˜”)
Semoga Ψ§Ω„Ω„Ω‡ permudahkan segala urusan kita. Aminnn..

Tuesday, July 04, 2017

*πŸ“’ BANTUAN MENGURUS JENAZAH BAGI PESARA KERAJAAN*

*πŸ“’ BANTUAN MENGURUS JENAZAH BAGI PESARA KERAJAAN*
*Adalah dimaklumkan bhw pesara kerajaan yg meninggal dunia pada @ selepas 15.10.2010 adalah layak menerima Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3000.*
*Tuan/puan diminta sampaikan dan panjang2kan informasi ini kpd keluarga, saudara mara dan kenalan yg bergelar PESARA KERAJAAN dan waris mereka supaya kemudahan ini dpt dituntut.*
*Borang permohonan boleh dimuat turun di http://www.jpapencen.gov.my/bmj.html atau ke kaunter JPA di 
*Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Aras 2-5, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya*
πŸŽ€
Portal Bahagian Pencen
JPAPENCEN.GOV.MY

Friday, June 16, 2017

UMNO TOLAK ISLAM


UMNO TOLAK ISLAM
Sejak umno asal ditubuhkan pada 1946 dan kemudiannya umno (Baru) dasar umno adalah sekular, menurut perlembagaan umno semua prinsip yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan dan negeri2 termasuk kedudukan Islam sebagai agama persekutuan Perkara 3 Fasal (1) adalah pegangan politik umno. Islam agama persekutuan adalah merujuk kepada Jadual 9 Senarai 2 Perlembagaan Persekutuan hanya meliputi tiga bidang sahaja iaitu undang2 keluarga, warisan dan beberapa kesalahan takzir tidak termasuk Hudud dan Qisas.
Umno meneruskan dasar sekularnya melalui Perkara 128 Fasal (1)yang meletakkan mahkamah syariah di bawah mahkamah agung (Persekutuan) yang menjadi institusi kehakiman tertinggi bagi memastikan segala enakmen Majlis Agama Islam negeri2 dibuat sebagai memenuhi maksud perlembagaan persekutuan, mahkamah agung boleh membatalkan apa2 enakmen jika ianya berada diluar bidang kuasa DUN yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan atau undang2 persekutuan.
PKR melalui ahli parlimennya dalam sidang parlimen 16.2.2009 hingga 19.3.2009 telah membawa usul pindaan perlembagaan meliputi Jadual 9 senarai 2, perkara 4 Fasal (1), perkara 128 Fasal (1) dan beberapa pindaan lain, yang jika ianya diluluskan maka negeri2 boleh melaksanakan undang2 Hudud dan Qisas. 
Tetapi umno tidak memberikan ruang untuk dibentangkan di parlimen.
Jika umno benar2 hendakkan hukum Islam maka sepatutnya sejak merdeka umno telah meminda perlembagaan Negara atau menyokong pindaan yang dibawa oleh PKR pada 2009. Umno berjaya mengumpan PAS untuk mebawa usul yang dikenali RUU355 yang juga bukan Hudud dan Qisas, pada peringkat awal umno berjanji untuk membawa usul itu, tetapi setelah mendapat tentangan daripada parti2 kompenen BN terutama MCA,Gerakan dan MIC maka umno kembalikan kepada PAS sebagai usul persendirian. PAS Berjaya dipancing oleh umno dengan umpan RUU355 yang hakikatnya bukan hukum Islam. RUU355 itu pun jika diluluskan hudud dan qisas masih tidak boleh dilaksanakan kerana bercanggah dengan perkara 4 (1) dan 128 (1).
Hadi Awang bentang kali pertama dan mohon tangguh bahas, bentang kali kedua pun dia juga mohon tangguh dan kali ketiga speaker pulak tangguhkan sidang parlimen walau pun ada masa lagi.
MCA,Gerakan dan MIC secara keras menentang RUU355 tetapi PAS jadi setan bisu, sebaliknya PAS serang DAP bertali arus, padahal DAP tolak berdasarkan perlembagaan persekutuan kerana bagi DAP ianya bercanggah dengan semangat perlembagaan persekutuan, PAS gagal memahami maksud tersirat daripada kenyataan DAP ini iaitu tumbangkan BN dahulu dan selepas itu baru buat pindaan perlembagaan, bahkan YAB Lim Guan Eng dalam satu kenyataan mencadangkan pindaan perlembagaan dibuat jika hendak laksanakan undang2 Islam.
Hakikatnya PAS hanya hendak hancurkan Pakatan Rakyat dan ianya juga ada kaitan dengan dedak RM90juta yang hingga hari ini 16.6.17 PAS belum lagi saman SR,Husam dan Rafizi, sebaliknya PAS semakin intim dengan umno.

Tuesday, May 09, 2017

CERUCUK AGAMA
Salam kasih ikram buat saudaraku pembela agama walau di mana saudaraku berada.
Utbah bin Ghazwan ra pernah memberi kalkuzari;
" Demi Allah ! Pernah aku bersama dalam satu jemaah tujuh orang dengan Rasulullah saw. Di satu masa kami kehabisan makanan. Yang kami makan hanyalah daun- daun kayu sehingga sebahagian mulut kami pecah-pecah dan luka-luka"😭
Ini adalah salah satu episod dari ribuan kesah susahpayah dan penderitaan Rasulullah saw dan jemaah para sahabat yang taat setia dalam usaha membina agama.
Kelaparan, siksaan, tribulasi, isteri menjadi janda, anak menjadi yatim adalah hiasan perjuangan para sahabat yang penuh dengan kesah darah dan air mata.
Akhirnya terbina Islam yang indah tersebar 3/4 dunia.
Semakin hebat dan tinggi sesuatu mega struktur semakin dalamlah cerucuk yang di tanam.
Rasulullah saw dan para sahabat telah menjadi cerucuk yang terhebat.
Diakhir zaman, Islam akan memasuki setiap pintu rumah di seluruh dunia.
Seperti musim sejuk tiada rumah tersisa dengan tusukan hawa dingin.
Bunga-bunga kearah kegemilangan Islam telah bermula.
Apabila Nabi Isa as turun ke bumi, Islam berada di mercu kejayaan.
Bendera iman bakal berkibar disegenap penjuru dunia.
Namun siapakah yang bersedia bangkit berkorban menjadi cerucuk
Islam di akhir zaman ini?
Ya Allah pilihlah setiap dari kami ini menjadi cerucuk agamaMu yang suci ini. Aamiin.

Wednesday, April 12, 2017

Lirik Lagu Intifada

Lirik Lagu Intifada - Rabbani

Merdu lafaz syahdu
Jiwa pun merindu
Merakam rasa kalbu
Gemersiknya lagu
Angin kota cahaya
Bertiup berarak
Kencang meredah maya
Hanya untuk dia

( korus 1 )
Bangkit segar seirama
Meluruskan rentak safnya
Riuh-rendah basah lidah
Kalam wahyu mewangi di taman

( korus 2 )
Oh... semerbak harum bingkisan an-nur
Berterbangan tinggi ke intifada
Oh merentas misi risalah suci
Mewangikan taman yang dicemari

Gema siang malam
Alunan suara
Burung turut menyanyi
Zikir tidak henti
Lunak diukir seni
Halus menghiasi
Persada alam ini
Hidup tidak mati

( ulang korus 1 & 2 & 2 )

Masihkah punya bicara
Menjalinkan yang terpisah
Semarak terus berusaha
Pastinya ia akan berjaya

( ulang korus 2 & 2 )
Lirik Intifada - Rabbani @ Lirikami

Saturday, April 08, 2017

. Dilarang Gantung Gambar Kahwin Dalam Rumah

Gambar Hiasan

Ini Sebabnya Kitah. Dilarang Gantung Gambar Kahwin Dalam Ruma
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang di rahmati Allah..
Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud:
Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.
Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.
Oleh itu gambar2 makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.
Ada pun gambar2 yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding2 rumah.
Wallahualam ( Rujukan Kitab Rawaiul Bayaan Juz 1 )

Tuesday, March 21, 2017

Sunday, March 12, 2017

As Salam. In syaa Allah kita akan berkongsi sedikit nota daripada tausiah yang telah disampaikan di Majlis Sepetang Bersama Ustaz Abd Somad membicarakan tentang Jalan-Jalan Menuju ke Syurga Allah yang telah berlansung di Restoran Rebung KL pada 25/2/17.
Syurga ~ tertutup oleh ranting- ranting dan daun tebal sehingga suasananya sangat nyaman. Di dalam sebuah Hadith Qudsi kita diberitahu bahawa syurga itu keadaannya tidak pernah dapat ditangkap oleh pandangan mata, tidak pernah terdengar oleh ke dua telinga dan tidak pernah seperti apa-apa sahaja yang terlintas di hati manusia. Namun keadaan syurga itu diberi diskripsi pula oleh al Quran SEHINGGA seolah-olah berlaku percanggahan antara Hadith Qudsi dengan apa yang diturunkan melalui al Quran.
Sebenarnya apa yang disampaikan melalui al Quran itu hanyalah satu daripada 99 perkara yang belum lagi diceritakan mengenai syurga Allah.
Marilah kita sama-sama meneliti Jalan-Jalan yang boleh membawa kita ke syurga Allah.
1. *Sesiapa yang membesarkan 3 orang anak perempuan dengan pembesaran yang baik, mengajar mereka Adab, budi pekerti, budi bahasa dan kemudian menjodohkan anak-anak ini dengan lelaki yang baik dan dia sendiri terus membuat kebaikan sehingga datang ajalnya, Nabi saw memberi jaminan syurga untuk mereka* Kepada satu soalan, Nabi saw memberitahu balasan yang sama juga untuk yang punya 2 anak perempuan.
Yang lalu tidak dapat diulang kembali. Kepada yang tidak berkesempatan memberi pendidikan seperti itu kepada anak-anak perempuan mereka kerana sibuk dengan urusan mencari rezeki dan sebagainya semasa muda, mereka boleh berbuat demikian kepada cucu-curu perempuan yang ada. Mudah-mudahan akan mendapat balasan yang diharapkan.
Perlu juga diingatkan bahawa tanggung jawab ibu bapa tidak berakhir apabila anak-anak dikahwinkan. Berbuat baik perlu hingga sampai saat kematian.
2. *Cinta kepada surah Al Ikhlas dapat menghantar insan ke Jannah Allah.*
Diriwayatkan seorang Imam yang mengikuti pasukan perang di zaman Rasulullah ~ menjadi kelazimannya membaca surah ini terlebih dahulu sebelum membaca surah lain pada Rakaat pertama dan ke dua sehingga sahabat-sahabat yang lain bertanya kepada Rasulullah untuk mendapat kepastian. Rasulullah bertanya Imam ini dan apabila Imam memberitahu ia cinta pada "QulhuwAllah..", Rasul memberitahu kepadanya bahawa "cintamu kepada QulhuwAllah ini akan membuat engkau memasuki syurga." Masya Allah...
Pengisian ayat ini sangat menakjubkan. Ia menjadi pengukuh aqidah dan menyelamatkan kita daripada menjadi kufur. In syaa Allah.
Membaca sekali QulhuwAllah sama seperti membaca sepertiga al Quran. Bererti sesiapa a yang membaca 3x QulhuwAllah ia telah khatam al Quran ~ Hadith sahih.
Begitu hebat nya surah ini sehingga pada solat sunat qabliah subuh yang akan didirikan Nabi saw sendiri yang menentukan dibaca juga surah ini. Pada Rakaat pertama Nabi saw menganjurkan kita membaca Qulya aiyuhal kafirun yang memberitahu kita boleh bersahabat dengan sesiapa pun yang tidak seagama dengan kita. Pada Rakaat ke dua dibaca QulhuwAllah kerana lanjutan daripada bersahabat dengan orang yang tidak seagama, hati masih kuat dengan kekuatan aqidah yang mengenal Zat Allah Yang Maha Tunggal, Yang Tidak Beranak, tidak Diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupai denganNya.
3. *Sesiapa yang membina masjid, Allah akan bina untuknya sebuah Istana di syurga*.
Tanah yang sudah diwakaf di jalan Allah tidak boleh diambil kembali. Rasulullah SAW menyatakan sesiapa yang berbuat demikian statusnya sama seperti anjing yang kembali menjilat muntahnya.
Pada masjid Qubah yang dibina dalam tempoh empat malam Hijrah Rasul ke Madinah, Solat di situ mendapat pahala mengerjakan satu umrah. Bagaimana dengan mereka yang menegakkan masjid tersebut? Pahala mengalir pada mereka secara berterusan in syaa Allah.
Membina masjid boleh dengan harta atau kuasa. Maka apabila kita tidak dapat membuat semua, jangan tinggalkan semua.
4. *Begitu besar Rahmat Allah untuk mereka yang tidak punya harta ~ Sesiapa yang mendirikan solat sunat sebelum/sesudah solat Fardhu sebanyak 12 Rakaat dalam sehari, Allah akan membina untuknya sebuah rumah di dalam syurga*. Yang diambil kira di sini ialah 4 Rakaat sebelum Solat Zuhur, 2 Rakaat selepas Solat Zuhur, 2 Rakaat selepas Solat Maghrib, 2 Rakaat selepas Solat Isyak dan 2 Rakaat sebelum Solat Subuh menjadikan jumlah 12 Rakaat Rawatib Sunat Muaqad.
Ada orang berkata solat sunat itu kalau tidak dibuat pun tak apa, tidak berdosa. Kita mesti berkata kalau dibuat boleh jadi apa-apa. Dapat membina sebuah rumah di dalam syurga
5. Kita sudah mengambil maklum bahawa yang pertama memeluk ugama ISLAM ialah Saidatina Khadijah r.a. Apabila Rasulullah memasuki syurga, menoleh kebelakang Baginda mendapati yang pertama memasuki syurga juga adalah seorang wanita. Apakah keistimewaan wanita ini? Ia *membesarkan anak yatim*
Anak yatim ialah anak yang kematian bapanya sebelum akhir baligh. Apabila sudah akhir baligh sudah tidak dikategorikan anak yatim lagi. Tetapi sebahagian ulama berpendapat selagi mereka belum boleh mencari nafkah sendiri mereka masih dikira sebagai anak yatim.
Setiap sehelai rambut anak yatim mempunyai kebaikan yang banyak sekali. Anak yatim tidak dapat kasih sayang kerana kematian BAPANYA. Menyapu kepalanya bukan sahaja menjadi penawar kepada jiwa mereka tetapi boleh melunakkan hati pelakunya yang keras lagi susah hendak menerima kebenaran. Ia juga mengundang sebab untuk mendapatkan syurga.
6. *Mati syahid* melayakkan seseorang itu mendapat Syurga Allah. Orang yang mati syahid sakitnya hanya seperti cubitan di kulit luar sahaja. Mereka dilindungi daripada siksa kubur dan perhitungan hisab kecuali hutang.
Seorang lelaki di zaman Rasulullah bersungguh-sungguh mahu menyertai medan perang dengan harapan untuk mendapatkan mati syahid. Tetapi oleh kerana ia masih mempunyai Ibu, Rasulullah telah melarangnya pergi dan di disuruh menjaga ibunya.
*Syurga berada di bawah telapak kaki ibu. Karamah seorang ibu sangat besar dan membawa kemuliaan kepada kita ketika ibu berada di tengah kehidupan kita. Terhenti amal utama seorang anak membasuh tapak kaki ibunya dan merawatnya di saat ibunya meninggal dunia. Ini adalah satu kehilangan yang ditangisi oleh anak yang mengerti*.
Ketika ditanya, Rasulullah SAW menjawab 3 kali berturut-turut bahawa Ibulah insan yang paling layak mendapat baktimu sesuai dengan jasanya yang mengandung, melahirkan dan menyusukan kita.
7. *Seorang itu masuk syurga kerana sesuatu yang ia sudah jual kepada Allah*. Apabila Diri, Nyawa dan Harta sudah mereka jual kepada Allah, ini adalah satu perniagaan yang paling MENGUNTUNGKAN. Seperti kisah Shuhaib di zaman Rasulullah yang meninggalkan semua hartanya di Mekah sebagai memenuhi syarat yang kenakan oleh Kafir Quraisy terhadapnya untuk menuju ke Madinah mengikut Nabi Muhammad SAW berhijrah. Nabi menyebut 3x BERUNTUNG Syuhaib kerana Allah telah membeli darinya hartanya dengan syurga.
Di dalam Islam menjual organ adalah haram. Kita sudah menjual nya kepada Allah. Tidak boleh jual barang dagangan dua kali.
8. *Orang masuk syurga kerana DOA*
Dikisahkan Nabi Musa as bertanya kepada Allah siapakah sahabatnya di syurga nanti. Allah memberitahu ia seorang penjual daging di pasar. Nabi Musa kehairanan dan pergi ke pasar untuk mengetahui siapa orang ini sebenarnya. Nabi Musa ikut penjual daging ini balik ke rumahnya.
 Penjual daging ini memotong daging kecil-kecil, memasaknya dan memberi makan ibunya yang sudah tua. Ibunya berdoa " Ya Allah, masukkanlah anakku ke dalam syurga bersama Musa." Doa ibunya inilah yang menjadi sebab penghantarnya ke syurga menjadi teman Nabi Musa.
Kita perlu sentiasa berdoa agar Allah memasukkan kita ke syurgaNya bersama dengan orang yang baik-baik. Jangan.bataskan doa untuk kita sendiri sahaja. Masukkan juga nama-nama insan yang kita cintai dan pohonlah syurga yang tertinggi syurga Firdaus. Pada doa yang dipohonkan secara beramai-ramai, pembaca dan yang mengameenkan akan mendapat pahala yang dianugerahkan. Apabila Nabi Musa berdoa, Haron mengameenkan , Allah mengqabulkan doa kedua-duanya.
Doa adalah senjata orang beriman. Umar Al Khatab berkata ia tidak mengambil tahu tentang masalah pengqabulan doanya tetapi akan terus berdoa kerana doa itu otaknya ibadah.
Doa juga boleh dibuat tanpa pengetahuan orang yang di doakan. Ia bukan sahaja memberi Kebaikan kepada mereka tetapi juga kepada yang berdoa.
Kita juga boleh menumpang doa orang yang soleh.
9. *Nabi Muhammad SAW menunjukkan apabila kamu ingin tahu penghuni syurga, inilah orang nya..*
Diselidiki oleh sahabat, mereka mendapati orang itu tidur nya biasa biasa sahaja. Begitu juga dengan ibadah dan solat malam nya. Mereka jadi hairan amalan apakah yang membawa orang yang Rasulullah tunjukkan itu ke syurga.
Akhirnya orang itu memberitahu bahawa setiap malam sebelum tidur ia mohon Allah ampunkan dosanya dan dosa saudara-saudaranya yang lain. Ia tidak pernah menyimpan hasad dengki kepada sesiapa. Jelaslah ia akan memasuki Syurga kerana kesucian hatinya.
Pengajaran untuk kita ikuti di sini ialah untuk kita memberi Pengampunan kepada semua termasuk Mereka yang membuat kita sakit hati. Jaga hati kita jangan sampai ghillan atau merasa dengki dan berdendam kesumat kepada sesiapa pun. Bersihkan hati dari riak, marah dan merasa diri hebat. Sebelum tidur ambil lah wuduk dahulu dan solat witir 3 Rakaat. Menjadi amalan sahabat untuk menyempurnakan solat witir ini terlebih dahulu sebelum tidur kecuali jika yakin pasti akan bangun Bertahajjud di tengah malam.
Perlu diingat bahawa Witir tidak boleh dilakukan dua kali dalam semalam.
10. *Haji yang Mabrur*
Orang yang berjaya mendapat Haji Mabrur keluar dari Haji sama seperti anak yang baru keluar dari rahim ibunya. Ganjaran nya ialah syurga. In syaa Allah.
Wallahhu Alam.
270217

Thursday, March 02, 2017

ZHAO YUN, SALAH SEORANG DARIPADA 5 HARIMAU SHU
Bercakap mengenai zaman Tiga Kerajaan di China, antara tokoh yang perlu diketahui umum adalah Zhao Yun (Bahasa Cina: θ΅΅δΊ‘), seorang panglima perang yang merupakan antara terhebat dalam sejarah tiga kerajaan, dan berkhidmat di bawah Liu Bei, seorang warlord dan raja untuk Kerajaan Shu ketika itu.
Zhaou Yun, antara panglima perang yang terkenal dengan raut wajah yang tampan sebenarnya banyak memainkan peranannya dalam sejarah China.
Pada awal hidupnya, Zhao Yun berkhidmat di bawah Gaousun Zan, seorang warlord di China sebelum mula mengenali Liu Bei, dan tertarik dengan karisma kepimpinan Liu Bei dan telah menukar fikiran untuk berkhidmat di bawah Liu Bei. Antara kisah-kisah mengenai kehebatan Zhao Yun dalam peperangan dan pertempuran adalah seperti berikut:
1. Ketika di Pertempuran Changban, Liu Bei telah ditewaskan oleh Cao Cao memaksa Liu Bei terpaksa lari dari pertempuran dan 5000 askar Cao Cao telah diutuskan untuk memburu Liu Bei memaksa Liu Bei terpaksa meninggalkan anak dan isterinya. Siapa tahu, Zhao Yun telah memimpin anak lelaki Liu Bei iaitu Liu Chan dan isterinya lari dari medan peperangan dengan selamat.
2. Ketika mahu menawan Provinsi Yi yang dibawah pemerintahan Liu Zhang, Zhao Yun telah memainkan banyak peranan dengan Zhuge Liang telah memerintah Zhao Yun memilih jalan yang berlainan sekali untuk ke Cheng Du, ibu kota Yi walhal jalan alternative itu sangatlkah berbahaya apabila terpasa mengharungi bentuk muka bumi yang susah. Tetapi hebatnya Zhao Yun berjaya dan kehadiran askar Zhao Yun dari arah yang tak disangka telah membantu kemenangan menawan Cheng Du.
3. Huang Zhong, salah seorang daripada Jeneral perang Liue Bei telah hilang sewaktu dalam Pertempuran Di Bukit Dingjun, di mana jeneral perang Cao Cao yang terkenal iaitu Xiahou Yuan telah terbunuh di tangan Huang Zhong sendiri. Ini membuatkan Zhao Yun dipanggil untuk mencari Huang Zhong.
Maka Zhao Yun telah memimpin 5000 askar untuk melakukan pencarian dan akhirnya mereka tersempak dengan askar Cao-Cao yang jauh berkali-kali ganda lebih besar daripada mereka. Ini membuatkan Zhao Yun terpaksa berpatah balik ke kem mereka, dan askar Cao-Cao telah mengejar mereka sehingga ke kem itu.
Aneh ketika sampai di kem itu, Zhao Yun telah mengarahkan agar semua pintu masuk ke kem itu dibuka dan semua bendera yang melambangkan askar Shu disembunyikan dan dram perang disenyapkan.
Ketika askar Cao Cao sampai, mereka mendapati bahawa ianya mungkin terdapat serangan mengejut yang akan dilancarkan. Ketika mereka cuba berundur, secara tiba-tiba dram perang dibunyikan dan anak panah berapi dilancarkan ke atas Cao-cao yang tak bersedia membuatkan mereka berpecah dan penghujungnya, masih-masih lemas di dalam Sungai Han Pertempuran ini dikenali sebagai Pertempuran Sungai Han yang menunjukkan Zhao Yun bukan sahaja seorang panglima perang yang mempunyi kehebatan bermain senjata, tetapi akal fikiran yang cerdas.
4. Sun Quan daripada kerajaan Wu yang telah menghantar Lu Meng untuk menyerang Provinsi Jing di bawah pemerintahan Shu telah mengakibatkan general perang terhebat Shu iaitu Guan Yu mati. Ini telah membuatkan Liu Bei jadi berdendam dengan Sun Quan dan mahu menghantar askar menyerang Sun Quan meski ditegah oleh Zhao Yun, tetapi diendahkan oleh Liu Bei.
Akibatnya, Liu Bei kalah di Pertempuran Xiaoting dan hampir ditangkap oleh askar Qu, tetapi kehadiran saat akhir Zhao Yun telah membuatkan askar Wu berundur kerana prestij dan kredibiliti Jeneral Zhao Yun yang tak pernah kalah dalam peperangan.
5. Zhao Yun dikatakan antara jeneral perang yang tidak pernah tewas dalam sejarah China, dan pengundurannya ketika ekpedisi menawan wilayah Utara daripada Wei yang diketuai oleh Zhuge Liang pun atas sebab disengajakan. Bahkan terdapat kisah mengenai Zhao Yun yang dikatakan tak pernah tercalar dan terluka pun dalam peperangan yang memang terkenal sebagai sebuah lagenda di kalangan rakyat China.
-HE-

Monday, February 27, 2017

Sekali Tengking Jutaan Sel Otak ROSAK. 7 Bahaya TENGKING Anak Yang Ramai TAK TAHU !!

1. Menengking Boleh Rosakkan Sel Otak Anak

Kerana tengkingan atau meninggi suara atau perkataan yang kasar dapat membunuh lebih dari 1 juta sel otak waktu itu juga. Dan jika ditambah dengan satu pukulan atau cubitan maka akan membunuh lebih dari berjuta-juta sel otak waktu itu juga.

Akan tetapi sebaliknya, dengan 1 pujian, kehangatan pelukan dan kasih sayang maka akan membangun dengan sangat baik kecerdasan seorang anak yang membuat perkembangan otak anak yang sangat cepat.

Hasil penelitian dari seorang yang bernama Lise Gliot, dia berkesimpulan bahawa fasa anak yang masih dalam pertumbuhan, terutama pada masa “golden age” iaitu pada umur 2-3 tahun. Suara yang hanya cenderung untuk marah, maka akan menjadi masalah pada anak.

Lise Gliot menjelaskan bahawa suara yang kuat dan kemarahan yang keluar dari orang tua dapat merosak atau menggugurkan sel otak anak yang sedang tumbuh. Manakala ketika si ibu memberikan belaian lembut sambil menyusui anaknya, maka rangkaian otak terbentuk indah.

Penelitian Lise Gliot ini, dengan melakukan penelitian pada objeknya iaitu anaknya sendiri. Dia berinisiatif memasang kabel perakam otak yang dihubungkan dengan sebuah monitor komputer, dengan begitu akan terlihat setiap perubahan yang terjadi dalam perkembangan otak anaknya.

Dan dia menyatakan bahawa hasilnya sangat luar biasa, ketika dia menyusukan anak maka akan terbentuk rangkaian indah pada sel otak anak.

Namun apabila ada suara yang sedikit keras, maka rangkaian indah sel otak yang menggelembung seperti belon tersebut pecah berkecai, dan kemudian juga terjadi perubahan warna. Dari penelitian yang dilakukan Lise Gilot ini menjelaskan bahawa pengaruh marah dan tengking pada anak akan sangat mempengaruhi perkembangan sel otak anak.

Bahaya, apabila hal tersebut dilakukan secara kerap bahkan tidak terkawal, maka  berpotensi besar untuk mengganggu struktur otak anak itu sendiri.

Hati-hati Ketika Ingin Memarahi Anak


Peneliti Lise Gilot memberikan nasihat bahawa kita harus berhati-hati dalam memarahi anak. Dan tidak hanya itu saja, hal itu juga akan mengganggu fungsi organ-organ penting di dalam tubuh seperti hati, jantung dan yang lainnya.

Adapun efek dari kerosakan pada sel-sel otak kerana tengkingan akan lebih besar pengaruhnya pada anak-anak, pada remaja dan orang dewasa juga berpotensi mengalami kerosakan, tetapi tidak sebesar dengan yang dilalui oleh anak-anak.

Tengkingan kepada anak akan mengakibatkan hal yang fatal, efek jangka panjangnya dapat dilihat pada orang-orang yang sering mengalami tengkingan di masa lalunya (masa kecilnya) orang-orang tersebut akan lebih banyak mengelamun, dan juga lambat dalam memahami sesuatu.

Kemudian juga biasanya akan mudah untuk meluapkan rasa marah, panik dan sedih. Mereka biasanya akan seringkali mengalami stress hingga depresi dalam hidup.

Hal ini kerana kesukaran dalam memahami pola-pola masalah yang mereka hadapi. Dan itu semua adalah akibat dari sedikitnya sel-sel otak yang aktif dari yang sepatutnya.

2. Menengking Boleh Lemahkan Jantung Anak

Menurut penjelasan dr Godeliva Maria Silvia Merry, M.Si, doktor yang juga pengajar di UKDW, Yogyakarta, dia menjelaskan bahawa denyut nadi seseorang dapat berubah-ubah bergantung kepada suara yang didengar.

Sehingga, apabila orang tua “hobi” memarahi anak dengan nada tinggi, maka Dr. Silvia menjelaskan bahawa anak jika berterusan terpapar dengan suara bernada kasar dan tinggi mengakibatkan organ jantung anak akan sering berdetak dengan sangat cepat (abnormal), yang menyebabkan jantung menjadi mudah keletihan. Bahaya yang sama juga boleh terjadi pada orang yang sering mendengarkan musik berirama cepat.

3. Anak Akan Mudah Beremosional (Marah, Nangis, Mengamuk)

Ketika sering dimarahi, anak akan meniru hal yang “diterimanya” itu dalam kehidupan sehari-harinya. Dimana anak akan membesar menjadi seseorang yang mudah marah, sukar mengendalikan diri, emosional, dan suka menjerit-jerit. Kerana tindakan kekerasan sama ada verbal maupun non verbal mendatangkan kesan buruk pada psikologi anak.

4. Tahap Kepercayaan Anak Terhadap Ibu Bapa Menurun

Dimana orang tua kerap dijadikan pautan bagi anak pada umumnya, sehingga kebiasaan orang tua akan ditiru oleh anak, termasuk kebiasaan berbicara dengan nada yang kasar dan tinggi. Memarahi anak di depan kawan-kawannya, hal ini tentu menjatuhkan harga diri anak ketika berada bersama kawan-kawan.

Sehingga hal ini dapat mengakibatkan tingkat kepercayaan anak kepada orang tuanya menjadi turun. Hasilnya segala nasihat dari orang tua nantinya hanya dianggap tidak serius oleh anak.

5. Anak Menjadi Tertekan

Memarahi dan menengking anak pada fasa remaja juga merupakan hal yang tidak baik. Remaja berusia 13 tahun yang sering dimarahi oleh orang tuanya memperlihatkan lebih banyak gejala tekanan perasaan dibandingkan dengan teman seumurnya yang tidak mengalami hal kurang baik itu.

Permasalahan seperti ini dikemukakan sebuah kajian baru yang diterbitkan di jurnal Child Development.

Salah satu isu disebutkan, iaitu sebenarnya orang tua “berniat baik” untuk memperbaiki perilaku anak remaja, tetapi dengan cara dimarahi, dihina dan dibentak oleh orang tua, maka hal ini justeru membuat perilaku remaja menjadi bertambah buruk.

6. Kesukaran Menjadi Pendengar Yang Baik

Supaya anak nantinya membesar menjadi peribadi sebagai pendengar yang baik, maka anak perlu membesar di lingkungan yang membuatnya dapat berfikir positif.

Ketika orang tua berbicara dengan nada tinggi atau membentak, justeru dapat mengakibatkan anak terganggu perkembangannya dan mengalami gangguan pendengaran.

Selain masalah pendengaran, juga masalah hati yang “terluka” kerana anak menerima perlakuan buruk, maka anak akan kesukaran untuk membesar menjadi pendengar yang baik.

7. Anak Kurang Keyakinan Kerana Takut Salah

Anak yang sering dibentak dan dimarahi, apalagi dimarahi secara membabi buta, maka boleh berisiko mengalami kesukaran dalam melakukan suatu aktiviti.

Hal itu kerana di dalam jiwa anak tertanam perasaan takut salah kerana sering dimarah. Sehingga anak akan memencilkan diri dan kesukaran untuk melakukan aktiviti. 

Blog Archive