Thursday, March 02, 2017

ZHAO YUN, SALAH SEORANG DARIPADA 5 HARIMAU SHU
Bercakap mengenai zaman Tiga Kerajaan di China, antara tokoh yang perlu diketahui umum adalah Zhao Yun (Bahasa Cina: 赵云), seorang panglima perang yang merupakan antara terhebat dalam sejarah tiga kerajaan, dan berkhidmat di bawah Liu Bei, seorang warlord dan raja untuk Kerajaan Shu ketika itu.
Zhaou Yun, antara panglima perang yang terkenal dengan raut wajah yang tampan sebenarnya banyak memainkan peranannya dalam sejarah China.
Pada awal hidupnya, Zhao Yun berkhidmat di bawah Gaousun Zan, seorang warlord di China sebelum mula mengenali Liu Bei, dan tertarik dengan karisma kepimpinan Liu Bei dan telah menukar fikiran untuk berkhidmat di bawah Liu Bei. Antara kisah-kisah mengenai kehebatan Zhao Yun dalam peperangan dan pertempuran adalah seperti berikut:
1. Ketika di Pertempuran Changban, Liu Bei telah ditewaskan oleh Cao Cao memaksa Liu Bei terpaksa lari dari pertempuran dan 5000 askar Cao Cao telah diutuskan untuk memburu Liu Bei memaksa Liu Bei terpaksa meninggalkan anak dan isterinya. Siapa tahu, Zhao Yun telah memimpin anak lelaki Liu Bei iaitu Liu Chan dan isterinya lari dari medan peperangan dengan selamat.
2. Ketika mahu menawan Provinsi Yi yang dibawah pemerintahan Liu Zhang, Zhao Yun telah memainkan banyak peranan dengan Zhuge Liang telah memerintah Zhao Yun memilih jalan yang berlainan sekali untuk ke Cheng Du, ibu kota Yi walhal jalan alternative itu sangatlkah berbahaya apabila terpasa mengharungi bentuk muka bumi yang susah. Tetapi hebatnya Zhao Yun berjaya dan kehadiran askar Zhao Yun dari arah yang tak disangka telah membantu kemenangan menawan Cheng Du.
3. Huang Zhong, salah seorang daripada Jeneral perang Liue Bei telah hilang sewaktu dalam Pertempuran Di Bukit Dingjun, di mana jeneral perang Cao Cao yang terkenal iaitu Xiahou Yuan telah terbunuh di tangan Huang Zhong sendiri. Ini membuatkan Zhao Yun dipanggil untuk mencari Huang Zhong.
Maka Zhao Yun telah memimpin 5000 askar untuk melakukan pencarian dan akhirnya mereka tersempak dengan askar Cao-Cao yang jauh berkali-kali ganda lebih besar daripada mereka. Ini membuatkan Zhao Yun terpaksa berpatah balik ke kem mereka, dan askar Cao-Cao telah mengejar mereka sehingga ke kem itu.
Aneh ketika sampai di kem itu, Zhao Yun telah mengarahkan agar semua pintu masuk ke kem itu dibuka dan semua bendera yang melambangkan askar Shu disembunyikan dan dram perang disenyapkan.
Ketika askar Cao Cao sampai, mereka mendapati bahawa ianya mungkin terdapat serangan mengejut yang akan dilancarkan. Ketika mereka cuba berundur, secara tiba-tiba dram perang dibunyikan dan anak panah berapi dilancarkan ke atas Cao-cao yang tak bersedia membuatkan mereka berpecah dan penghujungnya, masih-masih lemas di dalam Sungai Han Pertempuran ini dikenali sebagai Pertempuran Sungai Han yang menunjukkan Zhao Yun bukan sahaja seorang panglima perang yang mempunyi kehebatan bermain senjata, tetapi akal fikiran yang cerdas.
4. Sun Quan daripada kerajaan Wu yang telah menghantar Lu Meng untuk menyerang Provinsi Jing di bawah pemerintahan Shu telah mengakibatkan general perang terhebat Shu iaitu Guan Yu mati. Ini telah membuatkan Liu Bei jadi berdendam dengan Sun Quan dan mahu menghantar askar menyerang Sun Quan meski ditegah oleh Zhao Yun, tetapi diendahkan oleh Liu Bei.
Akibatnya, Liu Bei kalah di Pertempuran Xiaoting dan hampir ditangkap oleh askar Qu, tetapi kehadiran saat akhir Zhao Yun telah membuatkan askar Wu berundur kerana prestij dan kredibiliti Jeneral Zhao Yun yang tak pernah kalah dalam peperangan.
5. Zhao Yun dikatakan antara jeneral perang yang tidak pernah tewas dalam sejarah China, dan pengundurannya ketika ekpedisi menawan wilayah Utara daripada Wei yang diketuai oleh Zhuge Liang pun atas sebab disengajakan. Bahkan terdapat kisah mengenai Zhao Yun yang dikatakan tak pernah tercalar dan terluka pun dalam peperangan yang memang terkenal sebagai sebuah lagenda di kalangan rakyat China.
-HE-